Artikel Terkini

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 1
0
(0)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 2

Menteri Kewangan , YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan media telah mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020.

Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020. Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Sukacita dimaklumkan, bagi fasa pertama BPN pakej PRIHATIN1 , 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.

Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin). Pecahan penerima adalah seperti berikut:

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 3

Berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.

Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

BPN akan diberikan kepada mereka yang layak mengikut jadual berikut:

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 5

Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1 – 30 April 2020.

Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan. Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau pautan berikut:

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 7

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama secara berperingkat bermula 6 April 2020 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?