Artikel Terkini

Pembayaran GKP PKS mikro mulai 29 Jun – Tengku Zafrul

Pembayaran GKP PKS mikro mulai 29 Jun - Tengku Zafrul 1

Pembayaran GKP PKS mikro mulai 29 Jun - Tengku Zafrul 2

PUTRAJAYA: Pembayaran untuk pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) bagi syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang telah diluluskan akan dibuat mulai 29 Jun ini.

Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pada itu berkata bantuan GKP secara one-off sebanyak RM3,000 kepada perniagaan mikro pula telah mula dibayar sejak 15 Jun lalu.

“Jumlah keseluruhan GKP yang dibayar adalah bernilai lebih kurang RM1.57 bilion dan ia akan memanfaatkan sebanyak 524,446 PKS mikro.

“Kerajaan berharap geran ini sedikit sebanyak akan dapat membantu PKS mikro dalam menjana semula perniagaan masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui laman Facebook.



Pembayaran GKP PKS mikro mulai 29 Jun - Tengku Zafrul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link