Artikel Terkini

Pembentukan Kabinet dua, tiga hari lagi

Pembentukan Kabinet dua, tiga hari lagi
Pembentukan Kabinet dua, tiga hari lagi 1

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentukan Jemaah Kabinet akan dibuat dalam tempoh dua, tiga hari lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dengan semua komponen parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau kini dalam proses mencerakin dan menelusuri senarai nama sebelum mengumumkannya.

“Kita perlu selesaikan masalah dengan semua komponen parti kerana kita harus segerakan untuk membentuk barisan jemaah supaya di perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam dua, tiga hari ini.

“Setakat ini hampir beres, saya akan cerakin dan kemas kini, telusuri, meneliti dan menelaah,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Reformis.

Ketika berucap, Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau perlu bekerja lebih berbanding orang lain.

“Sudah minta jadi perdana menteri, kena kerja lebih. Jadi Perdana Menteri kerja lebih kurang orang lain, tidak boleh. Sebab itu kena kerja lebih sikit,” ujarnya.

Pada majlis sama, Anwar memaklumkan beliau akan ke Istana Negara pagi esok, seterusnya ke Istana Kinta dan menghadiri Kenduri Rakyat di Tambun untuk mengucap terima kasih kepada pengundi di sana. – MalaysiaGazette

Pembentukan Kabinet dua, tiga hari lagi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo