Berita

Pemilik syarikat pembekal daging didakwa [METROTV]

Pemilik syarikat pembekal daging didakwa [METROTV] 1

Pemilik syarikat pembekal daging didakwa [METROTV] 2

Johor Bahru: Syarikat pembekal daging, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kassim, 42, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dalam pertuduhan pertama, Rahman dan Raihanah yang juga suami isteri didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Isuzu.

Mereka secara bersama selaku pemilik Raihanah Enterprise juga didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Mitsubishi.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan suami isteri berkenaan didakwa melakukan kedua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, 1 Disember lalu.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(A) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Rahman dan Raihanah secara bersama-sama turut didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(B) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, T Ashvini manakala Rahman dan Raihanah diwakili peguam Noor Liana Hashim dan Lau Kok Guan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Rahman dan Raihanah, bagi pertuduhan kedua.

Ashvini berkata, jaminan yang tinggi wajar dikenakan memandangkan kes logo halal mendapat liputan luas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Noor Liana dan Lau merayu jaminan berkenaan dikurangkan atas alasan syarikat itu masih beroperasi dengan memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri itu menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu dijamin masing-masing dengan RM40,000 dan seorang penjamin selain menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi penyerahan dokumen.

Pemilik syarikat pembekal daging didakwa [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo