Berita

Peminat ajak kahwin, Izzue Islam tak mau layan

Peminat ajak kahwin, Izzue Islam tak mau layan 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui pernah menerima mesej peribadi (DM) di Instagram daripada wanita-wanita tidak dikenali yang mengajak berkahwin dan rela menjadi madu isterinya, Awin Nurin.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan 30, berkata, bukan satu atau dua mesej sebegitu diterimanya, tapi ada banyak.

Bagaimanapun, dia dan isteri tidak pernah melayan mesej sedemikian.

“Kami lebih suka biarkan semua DM yang kurang bermoral seperti itu. Kami tak perlu layan selagi ia tidak mengganggu keharmonian dalam rumah tangga serta hubungan sesama pasangan.

“Lagi pun, buat apalah nak layan sebab saya dan Awin tidak pernah kenal mereka. Tambahan pula, di media sosial kebanyakan pengguna muncul dengan akaun palsu. Namun, ada juga yang guna akaun betul. Perkara macam ini memang tak boleh dilayan. Lebih baik biarkan saja dan kita bersama pasangan terus jalani kehidupan seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya adakah dia menjadi tarikan disebabkan suka berkongsi foto dan video romantis bersama isteri, Izzue berkata, apa yang dilakukan sebagai tanda sayang seorang suami dan bukan mahu mencari perhatian wanita lain.

Izzue berkata, dia juga pernah menerima DM yang mendakwa dia terlalu mengikut telunjuk isteri kerana dibomohkan.

“Saya bersyukur mempunyai seorang isteri. Cukuplah dan Awin pun sangat memahami saya. Kami berdua sudah banyak melalui susah senang bersama. Malah, kami juga ada banyak persamaan. Kami minat berniaga serta mengamalkan jimat cermat. Saya bersyukur dengan rezeki Allah,” katanya.

Izzue yang pernah menganggotai kumpulan Forteen berkahwin dengan Awin pada 2 Jun 2013.

Hampir lapan tahun berumah tangga, pasangan dua sejoli ini belum dikurniakan cahaya mata.

Peminat ajak kahwin, Izzue Islam tak mau layan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo