Infotainment

Peminat Jatuh Hati Dengan Suara Hannah Delisha, Cover Lagu AJL 35 Kini Trending Di Media Sosial

Peminat Jatuh Hati Dengan Suara Hannah Delisha, Cover Lagu AJL 35 Kini Trending Di Media Sosial 2

Setelah beberapa kali ditunda gara-gara pandemik COVID-19 serta perlaksanaan PKP 2.0, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) difahamkan akan mengambil tempat dan bersiaran secara langsung pada 14 Mac ini dengan pematuhan SOP yang ketat.

Meskipun tiada kehadiran penonton seperti tahun sebelum-sebelumnya, penganjuran AJL35 sentiasa diserikan dengan nyanyian medley oleh rakan-rakan artis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam anugerah beprestij itu.

Untuk edisi kali ini, Valient Music telah menghasilkan sebuah video ‘cover medley’ lagu-lagu AJL35 yang terpilih untuk berentap dalam merangkul anugerah tersebut. Antara artis yang terlibat dalam rangka promosi anugerah tersebut adalah Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan juga Dean Eiman.

Ternyata, kemerduan suara masing-masing dalam menyampaikan lagu akhir AJL35 telah menambat hati penonton. Video tersebut yang dimuat naik ke saluran Youtube telah menjadi tular di mana daya penarik sudah tentulah pelakon cantik manis Hannah Delisha yang sangat merdu dan lincah beraksi ketika menyanyi.

Difahamkan juga, konsep penggambaran video tersebut merupakan hasil idea daripada Hannah sendiri manakala susunan muzik telah dilakukan oleh penyanyi dan komposer, Azmi Saat.

Meninjau ruangan komen video berkenaan, rata-rata peminat mengagumi kelunakan suara Hannah dan juga Raysha. Malah ada juga yang mencadangkan agar keempat-empat penyanyi ini membuat kemunculan khas menyanyikan semula lagu medley ini ketika malam pembukaan AJL35 nanti.



Peminat Jatuh Hati Dengan Suara Hannah Delisha, Cover Lagu AJL 35 Kini Trending Di Media Sosial 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo