Berita

Pencemaran sungai: RM5,000 ganjaran kepada pemberi maklumat


Kuala Lumpur: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti pelaku yang menyebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ganjaran ditawarkan selaras komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang menyediakan peruntukkan khas terhadap penyaluran maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.

“Saya memandang serius mengenai tujuh insiden henti tugas loji rawatan air (LRA) di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Oleh itu, KASA ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti sehingga tertangkapnya pihak yang melakukan pencemaran ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mengulas mengenai pencemaran itu, Tuan Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang untuk segera ke beberapa lokasi tapak yang disyaki menjadi punca pencemaran terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati pencemaran berpunca daripada efluen industri dari pelbagai sumber industri kecil dan sederhana di Taman Velox, Rawang serta kawasan sekitarnya iaitu Kawasan Industri Kecil Sungai Bakau dan Taman Perindustrian Teknologi Rawang.

“Sebahagian daripada efluen industri yang berbau ini masuk ke dalam longkang dan sebahagian lagi dilepaskan secara haram ke dalam sistem pembetungan.

“Efluen industri ini seterusnya mengganggu tugas loji rawatan kumbahan yang dioperasi oleh Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox,” katanya.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo