Berita

Pencuri seni tertangkap selepas setahun

Pencuri seni tertangkap selepas setahun 1

Pencuri seni tertangkap selepas setahun 2

Berlin: Selepas hampir setahun, polis Jerman, hari ini, menahan tiga suspek kes rompakan membabitkan lebih puluhan perhiasan berlian di sebuah muzium di Dresden, pada 2019.

Polis dan pendakwa raya dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa menyerbu 18 hartanah di Berlin termasuk 10 apartmen, garaj dan kenderaan.

“Tindakan hari ini memfokuskan pencarian barangan yang dicuri dan bahan bukti seperti data penyimpanan media, pakaian dan peralatan,” kata kenyataan itu.

Media tempatan menggambarkan kumpulan terbabit sebagai pencuri seni terbesar dalam sejarah apabila mereka melancarkan serangan tekad di muzium Green Vault di Istana Diraja Dresden, 25 November tahun lalu.

Selama ini, polis memburu suspek dengan memohon kerjasama orang ramai memberikan maklumat untuk penahanan kumpulan itu termasuk menawarkan ganjaran hingga setengah juta euro (kira-kira RM2,435,676).

Pada Isnin, seramai 1,600 pegawai dikerahkan dalam operasi besar-besaran di seluruh negara untuk menahan suspek.

Setakat ini, polis belum mendedahkan identiti ketiga-tiga suspek, namun memberitahu mereka yang ditahan adalah warganegara Jerman.

Ketiga-tiga mereka akan dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan dua tuduhan melakukan pembakaran, kata pendakwa raya Dresden.

Pencuri seni tertangkap selepas setahun 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo