Berita

Penduduk zon hijau sahaja boleh nikah di masjid

Penduduk zon hijau sahaja boleh nikah di masjid 1

Penduduk zon hijau sahaja boleh nikah di masjid 2

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hanya membenarkan masjid di zon hijau Covid-19 sahaja untuk mengadakan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Pengarahnya Datuk Md Azhan Samat berkata, pasangan yang mahu disatukan, namun berada di zon kuning, jingga dan merah perlu melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.

“Upacara itu pula hanya boleh dihadiri lapan orang iaitu wali, pendaftar atau jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua saksi, seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan seorang wakil keluarga pengantin perempuan.

“Akad nikah harus dibuat dalam tempoh 20 minit sahaja, termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pihak yang hadir ketika majlis itu supaya mematuhu prosuder operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan terutama memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Bagi majlis yang diadakan di masjid, katanya, pengurusan masjid perlu memastikan akad nikah berlangsung dalam ruang yang luas dan tetamu diletakkan mengikut jarak fizikal.

Menurutnya, kebenaran penggunaan masjid di zon hijau sahaja adalah untuk memelihara kesihatan jemaah dan mengelak penularan wabak.

Penduduk zon hijau sahaja boleh nikah di masjid 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo