Artikel Terkini

Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia

Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia
Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia 1

PETALING JAYA – Pengarah filem Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam tadi selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.

Berita sedih tersebut dikongsikan isterinya, Wahizatul Nureen Azmi yang menyatakan suaminya meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Azhari yang mengalami strok sejak Februari lalu dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga bulan dirawat di hospital.

Keadaannya pada waktu itu dilaporkan kritikal akibat pendarahan di kepala apabila saluran darah dalam otak tersumbat hingga menjejaskan pergerakan mahu pun berkomunikasi.

Sebagai usaha pemulihan, keluarga pemilik nama sebenar Azhari Mohd Zain, 50, ini turut mendapatkan rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan.

Biarpun pergerakan terbatas dengan hanya menggunakan isyarat mata, dia tetap bersemangat mengikuti rutin hingga sudah boleh melakukan pergerakan ringkas.

Begitupun, difahamkan tahap kesihatannya semakin merosot sejak seminggu yang lalu.

Terdahulu Azhari yang memulakan kerjaya penerbitan pada 2004 diberi kepercayaan sebagai penulis dalam pelbagai projek filem seperti Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan sekitar 20 filem.

Antara produksi yang mendapat sentuhannya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.

Azhari juga pernah aktif berlakon dengan terbabit dalam filem Nana Tanjung 2, Cicakman 2: Planet Hitam, Duyung, Sifu & Tonga, Magika serta Selamat Hari Tak Jadi.

Arwah meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen serta tiga cahaya mata.

Urusan mandi dan solat jenazah disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, sekitar jam 8 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor. – KOSMO! ONLINE


Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo