Infotainment

Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia

Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia 2

April 25th, 2021 | by Amat

Kini Trending

Misteri kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 akhirnya terjawab ditemui di dasar laut di perairan Bali setelah pihak berkuasa tempatan mengesahkan penemuan tumpahan minyak di lautan itu. KRI Nanggala-402 dipercayai hilang sejak 21 April lalu dan terbaru pihak berkuasa baru saja menemui enam serpihan datang dari kapal berkenaan.

Artikel berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402

Artikel berkaitan: Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi

Terbaru, memetik laporan media tempatan iaitu Kompas.com memaklumkan kapal selam tentera Indonesia itu ditemui pecah dan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia 5

Menurut Ketua Tentera Laut Indonesia iaitu Yudo Margono mengesahkan kapal selam berkenaan ditemui pecah ke tiga bahagian. Susulan insiden tersebut, kesemua 53 kru kapal selam telah disahkan meninggal dunia oleh Ketua Tentera Indonesia iaitu Hadi Tjahjanto.

Pihak berkuasa tempatan menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter dengan menggunakan kapal selam penyelamat milik negara Singapura untuk mendapatkan pengesahan visual di dasar laut.

Tentera Laut Indonesia turut mengesahkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu termasuk barangan dari dalam aset, sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru. Antara barangan lain ditemui adalah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop dan sejadah yang digunakan untuk solat.

Sumber: BH Online, Kompas.com


Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia 7

The following two tabs change content below.



Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo