Berita

Pengulas sukan RTM Johor hilang kaki kiri

Pengulas sukan RTM Johor hilang kaki kiri 2

Kuala Lumpur: Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) berkongsi simpati dan kesedihan di atas musibah yang menimpa ahlinya, Fuad Rahim.

Pengulas dan penyampai sukan bebas RTM Johor itu mengalami komplikasi saluran darah tersumbat dan kakinya terpaksa dipotong.

Menurut SAM dalam satu kenyataan, Fuad yang sentiasa bersama RTM dalam program-program siaran langsung atau tertunda temasya Sukan Sea, Sukan Malaysia (Sukma) dan beberapa sukan lain selamat menjalani pembedahan.

“Pembedahan selama sembilan jam semalam dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ‘critical limb ischemia’ ( salur darah tersumbat tahap 4 secara tiba-tiba ).

“Bagi menyelamatkan nyawanya, doktor terpaksa membuat keputusan memotong kaki kirinya serta membuat tiga pembedahan menggantikan salur darah di tangan dan kakinya yang tersumbat,” kata SAM.

Fuad kini dalam keadaan stabil dan melalui perbualan telefonnya dengan Presiden SAM, Datuk Jasnie Shafie malam tadi, dia dalam keadaan yang baik tetapi masih perlu banyak rehat di atas kesan bius.

“Fuad mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatannya dan buat masa ini masih tidak dibenarkan menerima pelawat di wadnya di HKL. SAM mendoakan agar Fuad segera sembuh dan bertabah menghadapi ujian ini,” kata persatuan berkenaan.

Pengulas sukan RTM Johor hilang kaki kiri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo