Berita

Peniaga tertekan, pinjam RM5,000 bayar RM260,000

Peniaga tertekan, pinjam RM5,000 bayar RM260,000 2

Kuala Terengganu: Disebabkan meminjam RM5,000 daripada seorang along, seorang peniaga di sini, tertekan apabila terpaksa membayar sehingga RM260,000.

Malah, lelaki berusia 53 tahun itu juga hidup dalam ketakutan selepas diburu sembilan along sejak dua tahun lalu.

Kejadian dipercayai bermula apabila mangsa meminjam daripada seorang along dengan kadar bayar balik mengikut perjanjian adalah RM3,000 seminggu.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun gagal menjelaskan pinjaman itu sehingga diganggu wakil along yang menuntut hutang pada setiap hari.

Disebabkan enggan terus diganggu, mangsa nekad membuat pinjaman dengan along lain untuk menjelaskan hutang sedia ada.

“Tanpa disedari, mangsa sudah meminjam sebanyak RM30,000 daripada sembilan along dan sehingga kini, dia masih diburu walaupun sudah membuat pembayaran sebanyak RM260,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa, semalam.

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak terjebak dengan pinjaman tidak berlesen terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita faham ramai individu terjejas dan hilang punca pendapatan ketika ini akibat penularan Covid-19, namun ia bukan alasan kita mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada along,” katanya.

Peniaga tertekan, pinjam RM5,000 bayar RM260,000 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo