Artikel Terkini

Penjawat awam ditemui mati tergantung

Penjawat awam ditemui mati tergantung
Penjawat awam ditemui mati tergantung 1

PUTRAJAYA – Seorang penjawat awam ditemui maut dalam keadaan tergantung di sebuah unit kuarters teres dua tingkat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.54 pagi di Presint 11 itu, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki berusia 40-an dan merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah kementerian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, insiden itu dimaklumkan jiran mangsa yang terlihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah berkenaan.

Beliau berkata, pihak bomba terpaksa memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Jiran mangsa memaklumkan, mangsa kali terakhir dilihat pada pagi Sabtu lalu dalam keadaan sihat.

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju T berwarna hitam dan masih berkain pelekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di rumah mangsa malah pintu rumah berada dalam keadaan berkunci serta tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil selain barangan peribadi simati juga turut ditemui.

A. Asmadi berkata, siasatan juga mendapati, mangsa adalah duda anak tiga dan sudah bercerai empat tahun lalu manakala kesemua anaknya pula menetap bersama bekas isteri.

Menurutnya, mangsa mempunyai rekod kesihatan mental serta laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya dan mangsa menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder Type 1 in Depressive Phase’.

“Mangsa juga sedang menerima rawatan di Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya sejak 26 September lalu dan mengambil ubat jenis Risperidone (ubat untuk kurangkan simptom masalah mental seperti Schizophrenia).

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. -KOSMO! ONLINE.


Penjawat awam ditemui mati tergantung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo