Artikel Terkini

Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor

Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor
Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor 1

Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor
Tangkap layar kemalangan melibatkan dua kereta ketika perlumbaan mengakibatkan seorang penonton maut di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, petang tadi.

PETALING JAYA: Seorang penonton maut selepas dirempuh sebuah kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, petang tadi.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial memaparkan dua kereta sedang berlumba bergesel sehingga menyebabkan sebuah daripadanya terbabas ke tepi litar.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu berada di tepi litar lari menyelamatkan diri namun seorang mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pertandingan “CCT Battle of Champion” berlangsung di litar itu membabitkan penyertaan 60 kereta.

“Semasa pertandingan diadakan membabitkan kategori 1800cc untuk lima pusingan membabitkan 12 Proton Satria, satu kemalangan berlaku melibatkan dua kenderaan.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila dua kenderaan bergesel antara satu sama lain semasa menghampiri garisan penamat mengakibatkan kedua-duanya gagal dikawal.

“Satu daripadanya terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki bahagian berumput, yang ketika itu terdapat beberapa penonton sedang berdiri menyaksikan perlumbaan,” katanya dalam kenyataan.

Yusri berkata, kereta yang terbabas melanggar seorang penonton yang berada di atas kawasan berumput dalam jarak 30 kaki, bagaimanapun tiada mangsa lain terlibat dalam insiden itu.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian.

” Seterusnya mangsa dihantar dengan ambulans ke Hospital Changkat Melintang namun disahkan meninggal dunia jam 5 petang ketika menerima rawatan,” katanya.

Katanya, mangsa lelaki berusia 32 tahun adalah pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting, Taiping, dan bedah siasat mendapati kematian disebabkan kecederaan di kepala serta pendarahan pada bahagian paru-paru.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo