Infotainment

Penuh Aksi Dan Mengujakan, Trailer Rasmi Mechamato Raih Perhatian Netizen

Penuh Aksi Dan Mengujakan, Trailer Rasmi Mechamato Raih Perhatian Netizen 2

Sebut sahaja nama Monsta pasti ramai yang akan terus terlintas dengan francais animasi BoboiBoy- dan jika anda merupakan salah seorang peminat siri animasi berkenaan pasti anda akan tahu tentang filem terbaru mereka iaitu Mechamato yang diumumkan pada tahun lalu.

Kini selepas beberapa bulan menunggu, peminat-peminat setia BoboiBoy atau sesiapa sahaja yang teruja dengan Mechamato, pihak Monsta pada semalam telah pun memuat naik trailer untuk filem berkenaan di YouTube.

Berdurasi dua minit, trailer filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu ini memberikan bayangan kepada penonton bagaimana animasi Mechamato ini akan beraksi di layar perak nanti.

Buat anda yang masih tidak tahu filem ini difahamkan merupakan sebuah filem spin-off dimana ia mengisahkan akan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato (ayah BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi tuan MechaBot!

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri akaun Twitter GSC Cinemas sebelum ini melalui satu ciapan yang dibuat mereka.

Susulan daripada muat naik trailer berkenaan dan juga komen daripada GSC mengenai filem tersebut , para peminat animasi BoBoiBoy jelas tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk menonton filem ini apabila ditayangkan kelak.

Malah, beberapa babak yang ditampilkan dalam trailer tersebut telah pun berjaya membuat mereka terhibur, dan pastinya para penonton mempunyai jangkaan yang tinggi akan filem ini dengan menonton trailer-nya sahaja.

Screenshot 2021-01-02 at 10.09.49 AM

Screenshot 2021-01-02 at 10.10.17 AM

Adakah anda juga tidak sabar mahu menonton filem ini ditayangkan? Apakah pendapat akan trailer rasmi yang dikongsikan oleh Monsta ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Trending’ Di Twitter, Netizen Terkejut Pelakon Utama Crash Landing On You Disahkan Bercinta

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak



Penuh Aksi Dan Mengujakan, Trailer Rasmi Mechamato Raih Perhatian Netizen 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo