Artikel Terkini

Penuntut UiTM bangga loket ciptaan digaya Tengku Permaisuri Selangor

Penuntut UiTM bangga loket ciptaan digaya Tengku Permaisuri Selangor
Penuntut UiTM bangga loket ciptaan digaya Tengku Permaisuri Selangor 1

SHAH ALAM – Seorang pereka grafik Koperasi Co-opbank Pertama tidak menyangka loket dihasilkan pada tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipakai Tengku Permaisuri Se­langor, Tengku Permaisuri Norashikin dalam Istiadat Konvoke­syen ke-95 universiti tersebut.

Fardliana Ismail, 29, berkata, penghasilan loket itu dilakukan dalam tempoh lebih tiga bulan sebagai projek akhir bagi Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Logam Kontemporari pada 2015.

Katanya, perhiasan eksklusif yang diberi nama ‘Newness & Timeless’ itu diinspirasikan daripada keunikan motif Melayu pada kain songket iaitu kelarai.

“Saya mengetahuinya selepas dimaklumkan rakan dan berasa amat terkejut dengan penghargaan sebegitu rupa.

“Memang saya terharu dan bangga apabila hasil kerja tangan sendiri dipakai Tengku Permaisuri Norashikin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penuntut UiTM bangga loket ciptaan digaya Tengku Permaisuri Selangor 2
Fardliana

Terdahulu, pemakaian barang perhiasan yang disembahkan UiTM itu dimaklumkan Tengku Permaisuri Norashikin menerusi Facebook Selangor Royal Office baru-baru ini.

Loket itu dipakai Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan Pro-Canselor UiTM pada hari ketiga istiadat konvokesyen universiti itu.

Fardliana yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memaklumkan proses paling rumit dalam penghasilan loket tersebut adalah melibatkan teknik etching atau goresan.

Tambahnya, reka bentuk logam akan dialurkan lapis demi lapis menggunakan asid feric untuk mendapatkan garisan halus.

“Saya guna empat logam dalam cuba jaya penghasilannya dan selepas proses etching memerlukan logam yang telah dibentuk diletakkan dalam kawasan gelap antara satu hingga tiga hari,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fardliana memaklumkan dia juga sebelum ini pernah mencurahkan idea dan rekaan dalam penghasilan kerongsang dan cincin emas sewaktu bekerja dengan sebuah kilang pembuatan emas selama lima tahun sebelum ini.

“Saya juga pernah buat dan jual produk barangan perhiasan daripada perak ikut tempahan pelanggan,” katanya.


Penuntut UiTM bangga loket ciptaan digaya Tengku Permaisuri Selangor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo