Infotainment

Penutup Tahun 2020 Yang Indah, Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al-Quran Untuk Kali Ke-3

Penutup Tahun 2020 Yang Indah, Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al-Quran Untuk Kali Ke-3 2

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi melibatkan hal rumah tangga dan sebagainya, pelakon bertubuh tegap, Ammar Alfian mendedahkan bahawa dia ingin menutup tahun 2020 dengan perkara yang indah dan bermanfaat.

Penutup Tahun 2020 Yang Indah, Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al-Quran Untuk Kali Ke-3 3Terus memberi inspirasi buat peminat serta pengikut media sosialnya, Ammar memberitahu bahawa dia telah berjaya khatam naskah Al-Quran sebelum tamatnya tahun 2020.

Ammar dilihat telah menulis kejayaan tersebut menerusi ruangan Instagramnnya dan turut mengimbas kembali kali terakhir dirinya menghabiskan bacaan naskah suci tersebut adalah pada ketika usianya menginjak 15 tahun.

“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.”

Mengakui hidupnya beransur tenang apabila mendekatkan diri dengan Allah dan mempelajari  ajaran agama dengan lebih baik, Ammar turut menyampaikan pesanan hikmah kepada para muslim dan muslimat di luar sana agar sentiasa ikhlas memahami agama Islam.

“Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat.”- Ammar Alfian



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Penutup Tahun 2020 Yang Indah, Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al-Quran Untuk Kali Ke-3 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo