Berita

Penyamun datang ke balai minta tolong polis

Penyamun datang ke balai minta tolong polis 2

Tawau: Selepas menyamun dua mangsa menggunakan parang, seorang penjenayah akhirnya diberkas apabila dia terpaksa menyerah diri di Balai Polis Tawau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, suspek yang bersenjatakan parang menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dipandu seorang lelaki berusia 30-an di Jalan Tanjung Batu Darat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek berumur 27 tahun itu dikatakan mengacukan parang sebelum melarikan kenderaan mangsa ke arah Jalan Tawau Lama.

Beliau berkata, bagaimanapun, kenderaan dipandu suspek itu kehabisan minyak sebelum meninggalkannya di tepi jalan di kawasan berkenaan.

“Suspek sekali lagi mengacukan parang ke arah seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan terbabit sebelum melarikan motosikal mangsa.

“Pemilik motosikal kemudiannya meminta bantuan beberapa orang awam yang berada di kawasan kejadian sebelum mereka mengejar suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Peter berkata, selepas dikejar hampir dua kilometer, suspek akhirnya bertindak menyerah diri dengan menunggang motosikal ke kawasan pekarangan Balai Polis Tawau.

Beliau berkata, suspek ditangkap dan polis turut merampas sebilah parang berukuran 68 sentimeter yang digunakan suspek untuk menyamun mangsa.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditangkap sebanyak empat kali sejak 2014 sehingga 2019 atas kesalahan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Penyamun datang ke balai minta tolong polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo