Artikel Terkini

Perangkap bayaran minima kad kredit, buat anda rasa bayar hutang tak habis-habis.

Perangkap bayaran minima kad kredit, buat anda rasa bayar hutang tak habis-habis.
Perangkap bayaran minima kad kredit, buat anda rasa bayar hutang tak habis-habis. 1

Laporan mencatatkan, 43.6% daripada jumlah pemegang kad hanya dilangsaikan sekurang-kurangnya 5% daripada baki tertunggak, manakala 12.8% tidak dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Satu masalah kad kredit ni dia buat kita suka-suka je swipe beli macam-macam. Tahu-tahu je dah ada iPhone 13 pro max kuasa dua kan?

Dapat barang baru ni sekejap je rasa syok. Lama-lama kita akan mula rasa sengsara dan terbeban sebab asyik bayar hutang kad kredit tu. Bayar lama dah tapi pelik tak habis-habis lagi.

Itulah korang tak tahu bahayanya perangkap bayaran minima kad kredit ni. Mereka dah rancang lama, kita je yang lalai.

Nak tahu kenapa hutang kad kredit ni jadi parah bila kita buat bayaran minima je?

Mari Tok tunjukkan.

Kadar faedah kad kredit adalah harian, bukan tahunan

Tahu kan pasal compounding?
Kalau dalam pelaburan, biasanya compounding  adalah tahunan.

Tapi tidak bagi kad kredit.

Kebiasaanya kad kredit punya kadar faedah adalah 15-18% setahun.

  • Kadar maksimum 15% setahun – jika buat bayaran minimum pada masanya selama 12 bulan berturut-turut.
  • Kadar maksimum 17% setahun – jika buat bayaran minimum pada masanya sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
  • Kadar maksimum 18% setahun – selainnya.

Bahagi dengan 365 hari, jadilah 0.04% sehari (ambil kira 15% setahun).

Jika anda ada hutang kad kredit RM5,000 , bayar minimum 5% iaitu RM250.
Baki selepas tolak bayaran minimum adalah RM4,750.

Untuk mudah kira, kita ambil kadar faedah bulanan iaitu 0.04% x 30 hari = 1.2%.
Baki tadi RM4,750 x 1.2% = RM57.
Jumlah hutang terkini anda ialah RM4,750 + RM57 = RM4,807.

Ini kiraan sebenar gandaan harian.

Sebab itulah hutang kad kredit ni lambat habis.
Setiap hari baki hutang anda digandakan dengan 0.04%.

Tak termasuk lagi caj lewat bayar. Bagi yang diklasifikasikan sebagai culas bayar, bank akan kenakan kadar faedah 18% setahun. Sehari jadi 0.05%.

Lagi lengah kita bayar, lagi berganda hutang kita.

Menyesal tak ada hutang kad kredit ni?

Bila dah tahu bagaimana kadar faedah kad kredit berfungsi, barulah kita faham kenapa bayaran minimum ni adalah perangkap.

Mungkin nilai 0.04% sehari tu nampak kecil.

Cuba bayangkan mereka yang ada hutang kad kredit RM10,000?

Sehari kita berlengah, dah kena RM4. Darab 30 hari, sebulan hutang bertambah RM120. Malah boleh jadi lebih lagi.

Jadi, bayarlah tepat pada masanya.

Ada cara tak Tok nak hapuskan hutang kad kredit ni?

Jangan risau, masih ada harapan untuk selesaikan kemelut hutang kad kredit ni.

Bila dah tahu hutang digandakan secara harian, cuba kurangkan baki hutang semampu yang boleh.
Kalau bayaran minima RM250, tingkatkan jadi RM500.

Anda tetap dikenakan faedah harian. Disebabkan baki anda lebih sedikit berbanding daripada biasa, jumlah faedah tu berkuranglah sedikit.

Bukan sahaja dapat kurangkan jumlah faedah, malah dapat pendekkan tempoh bayar hutang.

Tip dapatkan kadar faedah 0%!

Sekarang, kebanyakan bank tawarkan khidmat pemindahan baki yang kadar faedahnya 0%!

Tapi syarat-syaratnya ketat.

Kena bayar dalam masa setahun. Kalau hutang kad kredit RM5,000 bahagi 12 = RM417 anda kena bayar. Bukan sahaja dah tak ada kadar faedah, tempoh nak langsaikan pun jadi singkat.

Jimat kan?

Anda cuma perlu bayar caj pengendalian sahaja. Semua ni berbeza setiap bank. Jadi, kenalah pandai buat survey.

Apa-apa pun, silalah rujuk kepada yang pakar dulu. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda buat ikut apa yang kami kongsikan disini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan menjadi batu loncatan untuk langkah seterusnya.

Perangkap bayaran minima kad kredit, buat anda rasa bayar hutang tak habis-habis. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list