Berita

Perjanjian bebas, adil | Harian Metro


SEBARANG usaha menyambung semula rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berteraskan syarat itu akan membuka jalan perdagangan yang adil serta setara untuk negara terbabit.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun Malaysia sentiasa terbuka terhadap perjanjian perdagangan bebas (FTA), namun apa lebih utama sekarang menumpukan aspek ‘perjanjian perdagangan yang bebas serta adil’.

“Sekiranya ada cadangan untuk menghidupkan atau menyemak semula TPPA, semua perkara ini mesti diambil kira oleh pihak yang mahu memeterai perjanjian itu,” katanya mengenai penganjuran Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) oleh Malaysia selaku tuan rumah, pada 20 November ini.

Mohamed Azmin menyentuh perkara itu ketika ditanya mengenai langkah Malaysia sekiranya Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk kembali kepada TPPA berikutan kemenangan Joe Biden menewaskan Donald Trump dalam pemilihan presiden negara itu.

Trump sebelum ini enggan mengesahkan TPPA dan seterusnya mengumumkan penarikan diri AS sejurus menduduki kerusi Presiden itu pada Januari 2017.

Sebelum itu, AS di bawah pentadbiran bekas Presiden Barack Obama serta Biden selaku Naib Presiden, sudah menyertai Malaysia dan 10 negara lain dalam mencapai persetujuan membabitkan perjanjian itu.

Sementara itu, beliau berkata, penyelarasan zon waktu antara 21 anggota APEC adalah cabaran yang perlu ditangani Malaysia selaku tuan rumah Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC 2020 yang julung kali diadakan secara maya pada 20 November ini.

Semua anggota APEC berada di lapan zon waktu berbeza kali ini perlu bersidang mengikut format digital susulan krisis kesihatan yang dicetuskan pandemik Covid-19.

“Ini bukan saja akan mengangkat profil Malaysia sebagai tuan rumah, malah menjadikan negara lebih dihormati dan disegani dalam kalangan anggota ekonomi APEC,” katanya.

Beliau berkata Malaysia turut bertanggungjawab dalam merangka format digital yang paling optimum dan boleh diterima pakai oleh semua anggota ekonomi APEC khususnya dalam situasi sukar norma baharu akibat pandemik Covid-19 yang mengehadkan pergerakan sosial.

Cabaran lain termasuk keupayaan teknologi memandangkan bukan semua teknologi terkini boleh digunakan kerana sesetengah anggota APEC mempunyai peraturan keselamatan siber selain jurang keupayaan teknologi yang berbeza.

“Namun, segala halangan teknikal ini berjaya diharungi dan Malaysia boleh berbangga menjadi penggubal spesifikasi dan garis panduan teknikal penganjuran mesyuarat APEC secara maya,” katanya.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo