Artikel Terkini

Pertandingan Gubahan Bunga BELIA Kreatif Anjuran KBS

Pertandingan Gubahan Bunga BELIA Kreatif Anjuran KBS 2

Pertandingan gubahan bunga peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini mendapat sambutan yang cukup memberansangkan pada hujung minggu lalu. Pertandingan ini dilakukan di atas talian seramai 16 orang peserta belia dan empat peserta junior telah terlibat dalam pertandingan gubahan bunga ini. Dalam setiap negeri akan diwakili oleh dua orang belia dan seorang junior.

Pertandingan ini terbuka kepada belia negara yang berumur dari 10 tahun hinggalah ke 30 tahun. Peserta perlu menghantar video dan gambar sedang melakukan kerja-kerja gubahan bunga yang berdurasi lebih kurang 10 minit. Video tersebut akan dinilai oleh juri dari negeri tersebut dengan dibantu oleh pakar negara. Video dekorasi tersebut akan dimuat turut di Facebook dan Instagram KBS negeri bagi membolehkan masyarakat melihat kreativiti perserta yang masuk bertanding.

Selain daripada mempromosikan pertandingan ini, kreativiti perserta juga dapat diperlihatkan bagi tujuan penjenamaan peserta sekiranya mereka mempunyai perniagaan akan datang. Seramai 20 peserta akan ke peringkat seterusnya. 20 peserta akhir akan bertemu secara maya untuk meneruskan pertandingan. Untuk sesi pertandingan di peringkat negeri, peserta akan diberi masa 4 jam bagi menyediakan segala bahan-bahan untuk menghasilkan gubahan tersebut.

Selepas empat jam juri tempatan, Pakar Negara, dan juga peserta akan bertemu kembali untuk menerima arahan seterusnya. Soalan pertandingan akan pada hari pertandingan tersebut. Tujuannya adalah menguji kreativiti peserta tersebut. Peserta yang mempunyai markah tiga yang tertinggi akan mewakili negeri untuk ke peringkat kebangsaan.

Sesebuah negeri digalakkan menghantar wakil peserta yang berumur dibawah umur 14 tahun. Ia bertujuan mencari bakat remaja berkenaan untuk mewakili negara ke pertandingan Floristry di peringkat dunia ( World Skills Junior ) Keadah Perlaksanaan pertandingan peringkat negeri Peserta yang berjaya diperingkat seterusnya akan diuji selama dua hari pertandingan. Ia meliputi dua soalan tugasan.

Cukup memberansangkan peserta yang layak keperingkat tertinggi, menariknya lagi. Bukan sekadar sijil sahaja mereka perolehi, malahan wang tunai akan diberikan kepada mereka yang layak.

Pertandingan Gubahan Bunga BELIA Kreatif Anjuran KBS 3

IMPIANA akan bawa peserta terbaik untuk di temu bual dalam Sembang Dekor IMPIANA, setiap Sabtu jam 11am di FB Live dan Youtube ImpianaTV.

Pertandingan Gubahan Bunga BELIA Kreatif Anjuran KBS 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link