Berita

Pesan ‘ummi’ jadi azimat | Harian Metro


“BANYAK yang arwah ummi pesan kepada saya,”.

Itu cerita penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir saat berkongsi mengenai pengalamannya yang pernah menjadi anak didik Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam program realiti Mentor 5 hampir 10 tahun lalu.

Mengenang memori lalu bersama arwah yang dipanggil ‘Ummi’, Shiha berkongsi bahawa dia menjadikan sosok penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu sebagai contoh buat dirinya.

“Dia selalu berpesan kepada saya supaya mencuba pelbagai perkara dan jadi penghibur. Maksudnya, jangan fokus kepada satu cabang seni saja. Kalau ada peluang, cuba semua cabang seni yang mampu.

“Selain itu, dia sentiasa mengingatkan saya supaya sentiasa melakukan apa juga kerja dengan bersungguh-sungguh. Biar kerja keras kita itu membuahkan hasil,” katanya.

Berkongsi lagi mengenai nasihat dan pesanan arwah Sharifah Aini, Shiha juga mula berasakan manfaatnya pada hari ini.

“Dulu kalau bekerja saya akan simpan 20 peratus duit gaji yang saya terima. Tapi, bila mengenali Ummi, dia menasihatkan saya supaya menyimpan 50 peratus daripada gaji atau bayaran yang diterima itu.

“Perlahan-lahan saya adaptasikan nasihatnya itu dalam kehidupan. Bila dah berlaku situasi seperti krisis Covid-19 sekarang, saya terfikir ada manfaat nasihat ummi itu.

SHIHA
SHIHA

“Bila tak ada tawaran persembahan dan sebagainya, saya ada sedikit wang simpanan yang boleh digunakan dan pada masa sama dapat juga saya salurkan untuk membantu orang lain yang memerlukan,” katanya.

Berkongsi mengenai populariti selepas hampir sedekad, itu tidak lagi menjadi keutamaan buat dirinya.

“Siapa yang tak mahu popular, tapi pada saya itu semua sudah tidak lagi

menjadi keutamaan. Ia akan datang dengan sendiri bila tiba masanya. Yang penting adalah jalani karier dengan minat mendalam.

“Kalau bukan kerana minat, rasanya saya sendiri pun dah lama putus asa. Namun kerana minat, saya bertahan dan terus berada dalam industri seni yang ada naik dan turun ini,” katanya.

Bercerita mengenai karier, Shiha semakin aktif mengembangkan sayap seninya dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah, rezeki lakonan semakin terbuka luas. Bagaimanapun, muzik dan nyanyian masih menjadi keutamaan.

“Terbaharu saya kini menjalani penggambaran telefilem untuk

Astro Citra berjudul Anak. Dalam filem itu, saya memegang karakter sebagai pontianak.

“Selain itu, pada masa sama saya juga menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Madam E-Wallet. Selain saya, ia turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Ziana Zain, Ning Baizura, Hasnul Rahmat dan ramai lagi,” katanya.

Berlakon filem Hantu Bonceng 2

Satu lagi perkara yang membuatkannya teruja adalah filem pertama lakonannya, Hantu Bonceng 2.

“Hantu Bonceng 2 adalah filem pertama saya bintangi. Saya terhutang budi dengan Zizan Razak yang memberi kepercayaan kepada saya dan menawarkan saya untuk terbabit dalam filem ini,” katanya.

Selain itu, Shiha juga rancak mempromosikan single baharunya, Aewo.

“Alhamdulillah, lagu Aewo juga mula mendapat perhatian sehingga ke Indonesia. Bukan senang untuk karya kita nak melangkah masuk ke sana.

“Jadi, saya dimaklumkan ia sudah mula memasuki beberapa carta di stesen radio negara jiran itu.

“Selain itu, di Malaysia juga Aewo sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio tempatan,” katanya.

Yang pasti Shiha akan terus bekerja keras mempe

rtaruhkan pelbagai karya seninya bagi memeriahkan industri hiburan tanah air.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo