Artikel Terkini

Pesara TUDM maut nahas dengan lori muatan diesel

Pesara TUDM maut nahas dengan lori muatan diesel
Pesara TUDM maut nahas dengan lori muatan diesel 1

REMBAU – Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam nahas bersama sebuah lori muatan diesel di simpang empat Jalan Tampin Kanan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, Mohd. Syah Mohd. Nor 54, yang beralamat di Jalan Telok Berembang, Lubok China, Melaka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Hino muatan minyak diesel sebanyak 30,000 liter dan kereta Proton Iswara yang dinaiki mangsa.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori dalam perjalanan dari Pedas menghala ke Linggi dan kereta yang dinaiki mangsa telah keluar dari arah simpang Tampin Kanan tanpa berhenti sebelum menghala ke simpang Kampung Kundur Hilir.

“Sehubungan itu, pemandu lori tidak dapat mengelak lalu terlanggar sisi kiri kereta menyebabkan pemandunya, Shahrizan Abd. Rahman mengalami kecederaan parah dibahagian leher manakala penumpang meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau bagi proses bedah siasat.

Ujarnya lagi, pemandu lori itu pula yang berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Pesara TUDM maut nahas dengan lori muatan diesel 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo