Berita

Petani nyaris maut tertembak ginsuk

Petani nyaris maut tertembak ginsuk 2

Kota Marudu: Seorang petani nyaris maut selepas tertembak muka sendiri ketika menggunakan senjata api buatan sendiri ginsuk di Kampung Pinatau di sini, semalam.

Kejadian jam 6.45 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 25 tahun berkenaan cuba mengisi guli dan belerang batang mancis ke dalam senjata berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu dari wad kecemasan Hospital Kota Marudu pada jam 7.58 malam tadi.

Katanya, pihak hospital memaklumkan mereka menerima seorang pesakit lelaki yang cedera parah di bahagian muka akibat tertembak dengan senjata buatan sendiri.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa sedang mengisi guli dan belerang dari batang mancis ke dalam laras ginsuk.

“Bagaimanapun, senjata berkenaan tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan kecederaan parah di mata kanannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Izaan berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kawasan hutan yang terletak kira-kira empat jam perjalanan berjalan kaki.

Sementara itu, Mohd Izaan berkata, mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangannya dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960,” katanya.

#kw tertembak, senjata, ginsuk, meletup, Kota Marudu

Petani nyaris maut tertembak ginsuk 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo