Berita

Petron Malaysia catat pendapatan bersih RM98 juta

Petron Malaysia catat pendapatan bersih RM98 juta 1

Petron Malaysia catat pendapatan bersih RM98 juta 2

PETRON Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mencatatkan prestasi yang kukuh pada suku ketiga dengan pendapatan bersih sebanyak RM98 juta, berbanding kerugian bersih RM69 juta pada suku sebelumnya.

Prestasi positif yang dicatatkan PMRMB pada suku dikaji juga adalah hampir tiga kali ganda daripada pendapatan bersih berjumlah RM34 juta yang diraih pada suku ketiga tahun lalu.

Pengerusi PMRMB, Ramon S Ang berkata, faktor yang memacu kepada pemulihan yang sangat baik syarikat adalah peningkatan terhadap harga dan permintaan minyak.

“PMRMB menjual 7.7 juta tong pada suku ketiga, iaitu 28 peratus lebih tinggi dari suku sebelumnya berikutan kelonggaran pergerakan dalam aktiviti ekonomi dan mobiliti melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Hal ini telah membenarkan lebih banyak sektor untuk kembali beroperasi sepenuhnya dan membuka semula perjalanan merentasi negeri,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, minyak mentah Brent meningkat sebanyak 48 peratus kepada purata AS$43 setong pada suku ketiga dari AS$29 setong pada suku kedua tahun ini.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan tempoh sama pada 2019, penanda aras harga minyak mentah adalah 31 peratus lebih rendah disebabkan oleh permintaan minyak global yang lemah akibat pandemik Covid-19.

“Sementara pandemik ini terus memberi ancaman utama terhadap industri minyak dan ekonomi secara keseluruhannya, kami gembira melihat usaha kami dalam penjimatan kos dan langkah produktiviti yang telah menunjukkan hasil,” katanya.

PMRMB mencatatkan pendapatan RM1.7 bilion pada suku ketiga, turun daripada RM2.8 bilion tahun lalu akibat permintaan minyak yang lemah dan harga minyak yang rendah.

“Walaupun terdapat penurunan dalam hasil, keuntungan kasar meningkat 54 peratus kepada RM152 juta daripada RM99 juta yang direkodkan pada tahun lalu disebabkan oleh keuntungan inventori bersih dalam tempoh berkenaan.

“PMRMB turut melaksanakan langkah penjimatan kos, dan ia mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM98 juta pada suku ketiga, sekali gus mengurangkan kerugian bersih RM153 juta pada separuh tahun pertama kepada RM55 juta dalam tempoh sembilan bulan,” katanya.

Ramon berkata, meskipun Malaysia telah kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19, syarikat berharap ia dapat mengekalkan prestasi yang positif dengan terus melaksanakan langkah bagi mengelakkan kerugian inventori selain meneruskan langkah penjimatan kos.

Petron Malaysia catat pendapatan bersih RM98 juta 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo