Artikel Terkini

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam 1

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam 2

Blender atau pengisar makanan tak kira lah baru ke lama, kalau cara orang asia memasak memang mudah atau cepat rosak. Masalah utama adalah kesan kekuningan akibat mengisar kunyit. Lagi satu masalah, pisau pengisar yang tumpul. Pisau pengisar ni kebiasaan bukan tumpul sebab selalu digunakan. Akan tetapi, disebabkan oleh bahan yang dikisar terlalu keras.

Untuk atasi masalah ini, BILAL Elektronik ada petua mudah yang dikongsikan di dalam akaun facebooknya:

Ramai pelanggan yang mengadu blender diorang cepat sangat rosak, mata cepat tumpul dan susah nak cuci selepas digunakan. Nahh hari ni BILAL ELEKTRONIK nak share beberapa tip untuk anda semua.

1) Blender sentiasa TAJAM
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

2) Hilangkan kotoran pada blender
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar blender dengan air suam dan keringkan.

3) Hilangkan kesan kunyit pada Blender.
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam blender. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam 3

4) Bersihkan Blender anda
Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam 4

Petua Hilangkan Kesan Kunyit Dan Pengisar Sentiasa Tajam 2

Source link