Infotainment

PH lebih utamakan kestabilan negeri berbanding PN – Wan Rosdy

PH lebih utamakan kestabilan negeri berbanding PN – Wan Rosdy
PH lebih utamakan kestabilan negeri berbanding PN - Wan Rosdy 1

ROMPIN: Keputusan Barisan Nasional (BN) Pahang memilih bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu kerana dua parti tersebut selari mengutamakan kestabilan negeri berbanding Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keutamaan PN adalah terhadap jawatan dan ia dapat dilihat ketika perbincangan awal apabila gabungan terbabit menawarkan beliau jawatan Senator dan akan dilantik menteri penuh walaupun ketika itu Kerajaan Pusat belum dibentuk.

“Pada malam pengumuman keputusan PRU15, Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari menghubungi saya dan mengatakan PH sedia bekerjasama dengan BN tanpa syarat bagi tujuan menubuhkan kerajaan negeri demi kestabilan dan kemakmuran, tapi akan adalah satu dua perkara dirunding selepas tertubuhnya kerajaan negeri, itu biasalah adat berunding.

“Pada masa yang sama, saya juga dihubungi oleh PN untuk berjumpa, mereka datang berdua, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan saya bersama bekas Exco Agama Islam dan Pelajaran negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

“Dalam pertemuan tersebut Tuan Ibrahim telah bercakap dulu dan pada ketika itu Kerajaan Pusat belum ditubuhkan lagi, ayat pertama yang dinyatakan kepada saya, Syed Ibrahim ada saksi hidup, Tuan Ibrahim mengatakan bahawa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk melantik saya sebagai Senator dan diberi jawatan menteri penuh.

“Saya terkejut, dalam hati saya kerajaan tak tubuh lagi ni macam mana boleh tawar kepada saya, saya dengar sajalah,” dedahnya ketika berucap pada ceramah umum PRU15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di kawasan parkir pasar besar Rompin di sini malam semalam.

Wan Rosdy berkata, Tuan Ibrahim meletakkan syarat mahukan jawatan Menteri Besar, Yang Dipertua DUN, dan lima Exco serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

“Saya kira-kira kalau saya lihat PN ini bukan nak berbincang tapi dah menetap dan menentukan. Kemudian saya jawab, saya kata Datuk Seri, saya ada menerima tawaran tanpa syarat daripada PH demi kestabilan rakyat dan untuk menubuhkan kerajaan dan bila saya cakap macam tu dia terkancuh (tersentap) sikit.

“Jadi ekoran daripada itu esoknya saya dapat teks dia (Tuan Ibrahim) kata setelah berbincang dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang maka mereka (PN) setuju untuk saya dilantik semula sebagai Menteri Besar itu pun saya terkancuh juga sebab yang melantik Menteri Besar bukan dia tetapi perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala syarat yang lain-lain kekal,” katanya.

Wan Rosdy dalam pada itu sedar bahawa syarat yang ditetapkan PN tersebut boleh memerangkap beliau apabila DUN bersidang kelak.

“Saya nak beritahu, saya ni bukanlah cerdik sangat tetapi tidaklah bodoh sangat apabila dikira, kalau saya setuju dengan permintaan mereka (PN) itu, ini bermakna di dalam DUN kita ada 42 kerusi, kalau saya setuju dengan tawaran mereka, mereka ada 22 undi yang boleh menyebabkan saya boleh tersingkir pada bila-bila masa sebab PN ada 22.

“Apa akan jadi? kita nak tubuhkan kerajaan kita nak teruskan kesinambungan kerja kita untuk rakyat Pahang, banyak lagi agenda kita bukan untuk politiking,” tegasnya.

Beliau berkata, keputusan pembentukan kerajaan negeri melibatkan gabungan BN dan PH bukan keputusan peribadi beliau sebaliknya ia hasil kata sepakat kepimpinan UMNO Pahang.

“Keputusan BN buat untuk bersama dengan PH bukan keputusan saya seorang, Datuk Seri Hassan Ariffin ada sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang malah saya bawa dalam perbincangan dengan semua rakan-rakan ADUN, saya bawa dalam perhubungan saya ceritakan semua ini dan kami ADUN Pahang dari BN telah sebulat suara setuju untuk bersama PH.

“Pendirian saya ialah pendirian Badan Perhubungan UMNO Pahang bukan pendirian Wan Rosdy bahkan, saya tawarkan lagi Exco kepada mereka tapi ditolak, sekarang mereka salahkan saya pula,” katanya. – UTUSAN


PH lebih utamakan kestabilan negeri berbanding PN - Wan Rosdy 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo