Artikel Terkini

Piala Dunia: Argentina lepasi cabaran Belanda

Piala Dunia: Argentina lepasi cabaran Belanda
Piala Dunia: Argentina lepasi cabaran Belanda 1

DOHA – Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez diangkat wira buat Argentina selepas menjadi penyelamat maruah pasukannya selepas menundukkan Belanda 4-3 pada penentuan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail sebentar tadi.

Selepas dipaksa bermain 120 minit, Martinez berjaya menebus kekecewaan tersebut selepas dia melepaskan dua gol menyebabkan Argentina terikat 2-2 pada perlawanan itu meskipun pada awal perlawanan pasukan ranking No.3 itu mendominasi saingan.

Pada detik penentuan penalti, Martinez berjaya menyelamatkan dua sepakan selepas Virgil van Dijk dan Steven Berghuis gagal meledak gol sekali gus memberi tekanan kepada Belanda untuk melangkah ke pentas separuh akhir.

Pada saingan tersebut, Belanda yang nampak ampuh di bahagian pertahanan di awal saingan gagal mengekalkan kedudukan itu dengan baik apabila mereka ketinggalan seawal babak pertama perlawanan.

Argentina yang turun dengan status No.3 dunia mempamerkan persembahan terbaik mereka apabila terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nahuel Molina pada minit ke-35 selepas meyudahkan hantaran cantik daripada Lionel Messi.

Tersentak dengan keadaan tersebut, anak-anak buah Louis van Gaal cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan, namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan barisan pertahanan Argentina.

Bersambung babak kedua, Belanda yang mempertaruhkan barisan terbaiknya, namun bahagian serangan mereka seakan-akan hilang sengat apabila gagal menembusi benteng pertahanan Argentina sekali gus membuat pasukan kendalian van Gaal tertekan.

Ketika Belanda cuba mencari gol penyamaan, skuad Oranje terus dihukum Argentina berjaya menjaringkan gol kedua mereka dan kali ini menerusi pemenang tujuh Ballon d’Or, Messi selepas menyumbat masuk menerusi hadiah sepakan penalti pada minit ke-73.

Lapan minit terakhir, Belanda akhirnya menemui semangatnya semula selepas berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan Wout Weghorst sekali gus mengatasi penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Ketika Argentina semakin hampir untuk menang, Weghorst menjadi penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Belanda pada penghujung 10 minit masa tambahan kecederaan.

Pada penentuan penalti, empat jaringan Argentina berjaya disumbat masuk Messi, Leandro Paredes,Gonzalo Montiel dan Lautaro Martínez sekali gus memastikan pemburuan trofi Piala Dunia ketiga Argentina selepas kali terakhir memenanginya pada 1986 terus menyala.

Selepas ini, Argentina akan berdepan Croatia pada aksi separuh akhir selepas pasukan itu melakukan kejutan menundukkan juara lima kali, Brazil 4-2 pada penentuan penalti dalam aksi suku akhir di Stadium Education City. – KOSMO! ONLINE


Piala Dunia: Argentina lepasi cabaran Belanda 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo