Infotainment

Pil Covid-19 Pfizer Mengurangkan Kematian dan Hospitalisasi Sehingga 89%

Pil Covid-19 Pfizer Mengurangkan Kematian dan Hospitalisasi Sehingga 89% 1

Oktober lalu Merck mengumumkan pil Molnupiravir yang dibangunkan mereka mampu mengurangkan risiko hospitalisasi dan kematian di kalangan pesakit Covid-19 sehingga 50%. Ini ialah ubat yang diberikan selepas pesakit dijangkiti sehingga Malaysia menjadi negara terawal yang mengumumkan ingin membelinya. Minggu ini Pfizer turuht mengumumkan pil Covid-19 mereka mampu mengurangkan kematian dan hospitalisasi sehingga 89% di kalangan pesakit.

Pil Pfizer ini menggunakan rawatan antiviral PF-07321332 dengan ritonavir yang sebelum ini digunakan untuk merawat pesakit HIV. Pfizer telah mendaftarkan tanda dagang Paxlovid untuk kombinasi rawatan antiviral ini. Dalam kajian yang dilakukan melibatkan 750 pesakit berisiko dengan satu kumpulan mengambil Paxlovid dan satu lagi kumpulan menerima plasebo. Rawatan diberikan dalam masa tiga hari selepas simptom mula dikesan dengan Paxlovid diberikan setiap 12 jam selama lima hari.

Pil Covid-19 Pfizer Mengurangkan Kematian dan Hospitalisasi Sehingga 89%
Pil Covid-19 Pfizer Mengurangkan Kematian dan Hospitalisasi Sehingga 89% 6

Dalam kumpulan yang mengambil Paxlovid, hanya 0.8% memerlukan rawatan di hospital berbanding 7.0% pesakit dalam kumpulan plasebo. Data paling penting ialah 7 dari kumpulan plasebo kemudiannya meninggal dunia dengan tiada dari kumpulan Paxlovid. Dengan kejayaan kajian klinikal, Pfizer akan memohon dari FDA untuk rawatan ini digunakan di bawah kebenaran kecemasan.

Dengan negara seperti Malaysia sudah mula memasuki fasa endemik serta masih wujud golongan yang enggan menerima vaksin, rawatan ke atas pesakit Covid-19 ialah langkah seterusnya bagi mengelakkan kematian dari terus berlaku. Setakat lebih 5 juta pesakit Covid-19 telah meninggal dunia dengan lebih 29,000 darinya di Malaysia.

Pil Covid-19 Pfizer Mengurangkan Kematian dan Hospitalisasi Sehingga 89% 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo