Infotainment

Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah

Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah 2

Tahniah diucapkan kepada pelakon Haliza Misbun yang sah bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga warga Britain, Matthew John Rodgers, di Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi semalam.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki Haliza iaitu Othman Misbun.

Majlis pernikahan pelakon berusia 48 tahun itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pada majlis tersebut, Haliza menerima mas kahwin RM80 dan hantaran berupa sebuah rumah. Pihak lelaki memberi tiga dulang hantaran, manakala Haliza membalas dengan lima dulang hantaran.

Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah 3

Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah 4

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar, Haliza berkata segala teka-teki mengenai statusnya sudah terjawab bahawa ini merupakan perkahwinan pertamanya.

“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah, selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya.

“Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin. Hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.

Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah 5

Berkongsi cerita mengenai perkenalan dengan suaminya, Haliza berkata dia dan suami menjalin hubungan sejak empat tahun lalu.

Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa cinta.

“Malah selepas setahun akrab, dia adalah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya berasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek. Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barang kali menjadi faktor keserasian itu mudah diperoleh,” katanya.



Pilih Jejaka British, Haliza Misbun Terima Hantaran Sebuah Rumah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo