Berita

Pilih ‘ubi muda’ | Harian Metro


Kuala Lumpur: Senario Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan bakal menyaksikan kebanyakan pasukan akan menggunakan khidmat pemain ‘ubi muda’ dalam skuad utama mereka sebagai langkah penjimatan perbelanjaan berikutan kekurangan peruntukan.

Ini bermakna, kira-kira 30 peratus pemain sedia ada dalam saingan Liga M kemungkinan kehilangan tempat dalam saingan kompetitif itu dengan individu paling berisiko adalah berusia 30 tahun ke atas, sekali gus berhadapan situasi menggantung but masing-masing jika tiada pasukan mengambil mereka nanti.

Malah, jika mahu meneruskan karier sebagai pemain bola sepak, mereka perlu menjadikan saingan Liga M3 sebagai destinasi pada musim hadapan dan masing-masing perlu menerima hakikat pengurangan gaji lebih 50 peratus.

Pengarah Urusan Action Football Asia Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, situasi berkenaan tidak dapat dielakkan berikutan kebanyakan pasukan mengurangkan peruntukan perbelanjaan pada musim hadapan berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, antara langkah efektif adalah mengambil pemain muda daripada skuad pembangunan yang sudah tentu hanya memerlukan pembayaran gaji minimum seterusnya memberi pendedahan kepada mereka untuk beraksi di liga kompetatif.

“Sudah tentu kita akan menyaksikan pengurangan gaji pemain pada musim hadapan sehingga 50 peratus jika pemain berkenaan memperoleh RM30,000 sebulan mungkin berkurangan kepada RM15,000 atau RM20,000 saja.

”Sebab itu, ada antara pasukan seperti Selangor, Terengganu dan Kedah sudah mula menyenaraikan pemain muda mereka dan tidak lagi menyambung kontrak pemain sedia ada.

“Situasi berkenaan dilihat juga memberi kelebihan kepada pemain muda supaya mereka mendapat pendedahan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, beliau berkata, Liga M3 kemungkinan menjadi destinasi kepada pemain sedia ada meneruskan karier sebagai pemain bola sepak kerana ada beberapa pasukan dalam saingan liga itu turut berkemampuan menggajikan pemain mereka.

“Kita melihat situasi sekarang dengan Felda United menarik diri sudah tentu tempat semakin terhad manakala pemain pula makin bertambah. Oleh itu, pemain dalam kategori senior perlu menerima mengambil peluang yang ada termasuk beraksi di liga bawahan atau melebarkan karier di saingan liga negara lain,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19



  • Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo