Infotainment

Pinjam RM150 Bayar RM750, Teknik ‘Along’ Digital Ini Buat Ramai Mangsa Terjerat

Pinjam RM150 Bayar RM750, Teknik 'Along' Digital Ini Buat Ramai Mangsa Terjerat 1

Pinjam RM150 Bayar RM750, Teknik 'Along' Digital Ini Buat Ramai Mangsa Terjerat 2

Taktik along mula berubah! Tolong jangan terperangkap. Malam ini saya nak dedahkan taktik baru along. Ramai dah terkena, ramai datang jumpa saya cerita betapa deritanya kena perangkap ini.

Pinjam RM150, dalam masa sebulan sahaja kena bayar balik RM750. Sebulan beb naik berganda-ganda. Lebih memalukan, video kita membuat pinjaman tersebar merata-rata. Malu tak usah cerita.

Pinjaman ini memang senang sangat diluluskan. Tak kisah anda bekerja mahupun tidak. Blacklist sekalipun turut diluluskan. Syarat utamanya adalah download aplikasi pinjaman, pegang ic dan rakam video membuat pengakuan yang kita meminjam dengan syarikat tersebut. Dalam masa 2 jam pinjaman akan diluluskan.

123730300_3656268354394733_7507317121352830139_o

Lelaki gambar di atas ini pinjam RM300, namun yang diluluskan hanya RM150. Tapi sebaik sahaja duit dipindah milik, data dalam aplikasi akan tulis RM300. Serta merta kena bunga 100%.

Seminggu selepas itu jika tidak bayar, kena denda RM100. Jika belum bayar juga, denda naik RM195. Selepas itu kenaikan RM50 setiap minggu. Dan dalam masa sebulan, jumlah pinjaman terkumpul ialah RM750. Pinjam RM150, kena bayar RM750.

Tidak cukup dengan tu, video rakaman peminjam akan disebarkan kat semua kenalan dalam contact telefon kita. Aplikasi yang dibuat oleh syarikat peminjam membenarkan aplikasi tersebut menceroboh semua data dalam telefon kita. Semua contact yang ada dalam telefon kita dapat kat mereka.

124400828_3656268047728097_7910826910509279081_o

Maka video kita akan disebarkan kepada semua orang. Dan along akan minta setiap kenalan dalam phone kita bayar hutang kawan tu. Gila bukan?

Saya sendiri menerima dua dah video asnaf yang pernah saya bantu dari syarikat along ini. Mereka save nombor saya, automatik syarikat akan hantar kat saya juga. Siap along tu suruh saya bayar. Memanglah saya tak nak bayar. Orang lain yang pinjam saya yang kena bayar. Terus saya block nombor along tu. Ramai yang terjebak dengan pinjaman ini.

Hati-hati lah semua. Tolong rancang perbelanjaan kalian. Jangan sampai terjebak dengan pinjaman wang begini. Ia menjerat hidup kalian. Pinjam RM150 dalam masa sebulan kena bayar Rm750. Kalau pinjam rm1500 kena bayar rm7500 la kot. Gila betul.

Hati-hati sebelum terkena. Bila dah terperangkap begini, menyesal pun tiada guna. Lagi pun hutang dengan along ini merupakan riba yang jelas. Riba ini diharamkan dalam Islam. Jadi jauhilah.

123695946_3656367004384868_3381069311009059494_o

Gambar di atas merupakan salah satu aplikasi pinjaman wang berlesen yang share video peminjam. Ada banyak yang guna modus operandi yang sama. Ini salah satunya.

Ikuti perkongsian penulis ini mengenai kisah Makcik Maznah yang tular tempoh hari.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

‘Terpaksa’ Lompat Pagar Asrama, Alasan Pelajar Ini Selepas Ditangkap Buatkan Netizen Sebak

 



Pinjam RM150 Bayar RM750, Teknik 'Along' Digital Ini Buat Ramai Mangsa Terjerat 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo