Berita

PKPD mukim Sungai Seluang berakhir

PKPD mukim Sungai Seluang berakhir 2

Kulim: Laluan di lapan taman perumahan di Mukim Sungai Seluang yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 27 November lalu dibuka semula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kesemua laluan itu dibuka jam 12 tengah malam yang membabitkan kerjasama dari 10 pegawai dan 50 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Sepanjang tempoh PKPD sehingga hari ini penugasan berjalan lancar.

“Berdasarkan statistik tangkapan sepanjang PKPD di daerah ini, sebanyak 10 tangkapan dilakukan yang mana 24 orang dituduh di mahkamah manakala 20 orang dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar bagaimanapun menasihatkan penduduk di daerah ini supaya mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun PKPD ditamatkan.

Pada 25 November lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD di taman perumahan di Mukim Sungai Seluang bermula 27 November hingga 10 Disember.

Ia berikutan terdapat 50 kes positif yang direkodkan di lokaliti terbabit yang membentuk Kluster Bayam Indah, selepas KKM melaksanakan 197 ujian saringan bersasar.

Sehingga 3 Disember lalu, 23 kes baharu dicatatkan bagi kluster itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 244 kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • PKPD mukim Sungai Seluang berakhir 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo