Berita

PNB umum dividen ASB esok

PNB umum dividen ASB esok 2

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 secara maya esok.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn dijangka menyertai acara berkenaan yang akan bermula sekitar jam 10.30 pagi.

Tahun ini menyaksikan PNB membuat pengumuman agihan pendapatan ASB secara maya buat kali pertama.

Ia juga adalah saat yang dinanti-nantikan pemegang saham berikutan prestasi kali ini berlaku di saat ekonomi global terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pada tahun 2019, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit diumumkan manakala, pada 2017 (dividen 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit) termasuk tambahan 1.00 sen seunit bagi bonus khas ulang tahun PNB.

Pada 2016, PNB mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit manakala, pada 2015 (dividen 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit).

Pengumuman agihan pendapatan pada 2019 adalah pulangan terendah dalam sejarah.

PNB umum dividen ASB esok 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo