Artikel Terkini

Pokok Banyak Bunga Tapi Buah Tak Lekat, Mungkin Ini Antara Punca Dan Penyelesaiannya

Pokok Banyak Bunga Tapi Buah Tak Lekat, Mungkin Ini Antara Punca Dan Penyelesaiannya

Pokok Banyak Bunga Tapi Buah Tak Lekat, Mungkin Ini Antara Punca Dan Penyelesaiannya 1

Memang teruja melihat pokok yang ditanam mula berbunga dan sudah pasti anda bakal menikmati hasil tuaiannya. Namun, pasti mengudang keciwa apabila pokok berbunga banyak tapi hasilnya tidak melekat. Walaupun telah dibaja, pasti keadaan yang sama akan berlaku lagi. Asri Atan dari Sepang Farmville berkongsi antara punca masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya.

Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/bekas yang kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Tuan/puan boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!

Pokok Banyak Bunga Tapi Buah Tak Lekat, Mungkin Ini Antara Punca Dan Penyelesaiannya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link