Infotainment

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 1

Kini Trending

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 2

Sebelum ini, viral satu video di TikTok yang memaparkan seorang wanita warga tempatan mendakwa peningkatan kes COVID-19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan.

Susulan daripada itu, pihak polis akan memanggil wanita tersebut bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam video viral berkenaan.

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 4

Foto: Astro Awani

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, perbuatan wanita tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada masyarakat. Ini kerana, wanita tersebut mendakwa pengusaha kilang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam menguruskan pekerjanya.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor mendakwa tindakan pengusaha kilang sarung tangan itu yang memindahkan pekerjanya yang positif Covid-19 dari asrama pekerja di sini ke dua buah hotel di daerah Klang. Ia bertujuan untuk membolehkan pekerja-pekerja itu hadir bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tambah Fakhrudin, wanita berkenaan turut mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di kalangan pekerja kilang tersebut menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way dikenakan tindakan PKPD. Ujar Fakhrudin lagi, satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di bawah Seksyen 269 kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan dan Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 6

Assalamualaikum. Kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Selangor. Saya nak kongsi satu info penting untuk menjawab keresahan rakyat negeri Selangor. Di belakang saya ini tertera nama sebuah hostel. Apartmen yang telah menyimpan 1900 orang pekerja. Sebelum ini mereka diletakkan di sebuah asrama di Meru. Beberapa hari lepas, ada pekerja kilang ini meninggal dunia disebabkan Covid-19. Bangunan dan kawasan ini juga telah disenaraikan sebagai kawasan PKPD.

Malangnya, semalam dan kelmarin mereka diarahkan keluar dan lari oleh majikan mereka. Saya nak maklum kilang ini beroperasi 100 peratus walau dalam PKPD. Mereka telah ditempatkan di dua buah hotel di Klang. Bayangkan mereka keluar lari dan menyebabkan jangkitan terhadap orang lain. Saya merayu semua pihak tolong siasat dan ambil tindakan terhadap kilang tersebut. Tolong tutup kilang.

Menerusi rakaman video viral tersebut, wanita berkenaan dipercayai berkongsi satu info penting bagi menjawab keresahan rakyat di negeri Selangor. Menurut wanita tersebut, terdapat satu kilang yang masih beroperasi walaupun kawasan kilang berkenaan telah dilaksanakan PKPD. Lebih teruk, wanita ini mendakwa kesemua pekerja kilang berkenaan telah melarikan diri dan secara tidak langsung menyebarkan virus Covid-19 kepada individu lain.

Sumber: Astro Awani


Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 8

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.



Polis Panggil Wanita Dakwa Kilang Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo