Berita

Polis siasat kes hina lagu Indonesia Raya

Polis siasat kes hina lagu Indonesia Raya 2

Kuala Lumpur: Polis siasat kes hina lagu Indonesia Raya mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan penahanan seorang buruh di Lahad Datu, Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, pihak berkuasa Indonesia juga sudah menahan seorang penuntut di Cianjur, Jawa Barat pada Khamis lalu selepas dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya yang diubah suai.

Menurutnya, tangkapan berkenaan adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (Polri).

“Pihak berkuasa merampas telefon pintar, kad sim dan set komputer yang digunakan untuk menyunting video berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, pada 28 Disember lalu polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Lahad Datu, Sabah bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat pemilik akaun Youtube MyAsean.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, suntingan lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial yang bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia,

Beliau dipetik berkata, maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan seorang suspek kes itu.

Lelaki itu ditahan pada Isnin lalu sebelum PDRM menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan.

Polis siasat kes hina lagu Indonesia Raya 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo