Artikel Terkini

Politik stabil teras rakyat sejahtera

Politik stabil teras rakyat sejahtera
Politik stabil teras rakyat sejahtera 1

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 19 November lalu. Sedikit berbeza daripada pilian raya sebelum ini, PRU15 memperlihatkan elemen kejutan yang mewarnai keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 selepas diumumkan secara rasmi keputusannya. Dengan 70 peratus daripada lebih 20 juta pengundi keluar membuang undi yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Malaysia ditadbir kerajaan campuran seperti penggal lalu rentetan tiada parti yang mampu mendapat majoriti mudah iaitu sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Apa juga polemik politik yang wujud akibat pertembungan kepentingan tertentu, ia mulai reda terutama selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan Kerajaan Perpaduan tertubuh. Keputusan PRU15 memperlihatkan kematangan rakyat dalam memilih pemimpin yang mampu menerajui tampuk kepimpinan negara. Penguasaan satu parti politik yang wujud sejak berpuluh tahun sudah hilang. Sebaliknya, kini rakyat mula sedar terhadap demokrasi dan kuasa mereka dalam memilih pemimpin yang mampu menerajui negara membawa kepada perkembangan positif untuk masa depan negara.

Rakyat telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam memilih pemimpin yang diharapkan dapat mempertahankan kebajikan mereka dan seterusnya mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan. Selesai mengundi, rakyat kembali meneruskan kehidupan masing-masing sama ada sebagai penjawat awam, pekerja swasta atau bekerja sendiri. Kini, tibalah masa para pemimpin yang telah diberikan kepercayaan dan amanah oleh rakyat untuk menjalankan tanggungjawab dan apa jua manifesto yang telah dijanjikan dan dicanang sepanjang tempoh berkempen.

Kestabilan politik merupakan elemen penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan semua perancangan yang telah dan sedang dibuat untuk membantu rakyat dalam berhadapan dengan apa jua situasi yang berlaku. Walaupun berasal daripada parti politik yang berbeza, mereka harus sebulat suara dan tidak bertelagah dalam mendukung perlembagaan negara. Menurut Penganalisa Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, semua ahli politik harus berpegang kepada sembilan teras keselamatan dalam Dasar Keselamatan Negara bagi menjamin kelangsungan Persekutuan Malaysia. Sekiranya asas ini didukung dengan baik, kestabilan politik negara mampu dicapai.

Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Hanya dengan mandat yang kukuh, sesebuah kerajaan itu dapat melaksanakan pelbagai dasar dan polisi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan ekonomi negara. Antara indikator yang menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat termasuklah jumlah pendapatan keluarga, kos sara hidup, perumahan, pendidikan, kesihatan, dan  kemudahan-kemudahan lain. Indikator- indikator ini merupakan keperluan asas yang diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup. Apabila, ianya dipenuhi,rakyat hidup dalam keadaan yang selasa, aman dan tenteram.

Situasi ini seterusnya melahirkan individu yang stabil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intellektual. Hasilnya, masalah kesihatan mental rakyat dapat dikurangkan dan dapat melahirkan individu yang lebih berkualiti dalam membantu pembangunan negara. Rakyat juga seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada tampuk kepimpinan yang baru ini agar kedaulatan negara dapat dikekalkan. Bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh’.

Politik stabil teras rakyat sejahtera 2Oleh: Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Aziz,
Pensyarah Kanan, Program Kaunseling,
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia

Politik stabil teras rakyat sejahtera 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo