Infotainment

“Popular Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi Tak Guna Juga”

“Popular Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi Tak Guna Juga”
"Popular Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi Tak Guna Juga" 1

Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata setiap pelakon mempunyai zaman-zaman tertentu seperti dirinya yang melakar populariti menerusi media cetak.

Mengulas mengenai ada segelintir penerbit mengambil Instafamous berlakon, Rosyam berkata mereka perlulah berlakon kerana minat dan kejujuran itu sangat penting.

BACA: Netizen Puji Rosyam Nor Sama-Sama Mengaji Dengan Staf

“Zaman saya zaman majalah dan surat khabar. Sekarang ini zaman Internet. Mereka dikenali sebagai sebagai influencer yang popular.

“Namun, mereka datang atas niat nak berlakon kerana minat atau sekadar dikenali untuk kejar benda lain yang nak dibuat? Itulah sebabnya kejujuran itu penting. Untuk bawa watak utama susah sikit kerana mereka tiada pengalaman.

“Mereka popular macamana pun kalau berlakon macam tahi, nanti orang tak suka mereka,” katanya.

Rosyam berkata dia sendiri mendengar kritikan peminat mengenai pemilihan Instafamous sebagai pelakon. Ujarnya sebagai penerbit dia bertanggunghawab memastikan para pelakonnya memberikan yang terbaik.

“Ada segelintir daripada mereka menimbulkan masalah kepada produksi pula di lokasi. Lebih baik kalau mereka minat berlakon, mulalah dari bawah.

“Saya nak jaga nama mereka kerana mereka dah ada populariti. Saya harap dengan kerja mereka akan jadikan mereka lebih popular, dikenali dan tersemat dalam hati,” katanya.

Dalam pada itu, Rosyam berkata dia tidak masalah dengan Instafamous untuk mewarnai industri seni tanah air, namun janganlah berlakon hanya kerana mahu popular.

“Mereka harus siap sedia dan jangan ambil kesempatan berlakon hanya untuk popular. Apabila sampai set tak boleh buat apa yang dikehendaki..

“Namun, itu pernah terjadi zaman saya juga apabila pelakon yang popular di majalah tak boleh berlakon apabila di set. Apapun semuanya rezeki masing-masing,” katanya.


"Popular Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi Tak Guna Juga" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo