Artikel Terkini

PR1MA Tawar Rumah Baru Dengan Kualiti Meyakinkan

PR1MA Tawar Rumah Baru Dengan Kualiti Meyakinkan 1

PR1MA Tawar Rumah Baru Dengan Kualiti Meyakinkan 2






Semua orang teruja bila dapat kunci rumah baru. Tak sabar rasanya nak masuk rumah baru. Tambah lagi kalau itu rumah baru, bukan “subsale”. Teruja sampai terbawa dalam mimpi.

Dalam fikiran macam-macam sudah dirancang. Mahu hiasan dalaman rumah begini dan begitu. Semua majalah berkaitan diborong untuk dapatkan inspirasi dan ilham.

Segala katalog perabot rumah turut dibelek sebagai rujukan untuk dipadankan dengan konsep hiasan rumah baru itu nanti. Teringin nak dengar tetamu yang datang bertandang memuji hiasan rumah.

Memang beginilah situasi bakal penghuni apabila dengar mereka akan menerima kunci rumah baru. Setiap minggu ulang alik ke tapak pembinaan untuk lihat perkembangan pembinaan.

Selepas menanti dengan penuh sabar dan teruja, akhirnya, tibalah saatnya untuk mereka melangkah masuk ke kediaman yang baru.

Maka bermulalah kehidupan baharu bersama kediaman yang diimpikan.

Rumah Bermasalah

Sebulan, hidup penuh kebahagiaan, tetapi selepas beberapa bulan, muncul beberapa masalah yang menyakitkan kepala. Bumbung bocor, dinding retak, lantai mendap dan sebagainya.

Kini kebahagiaan yang diimpikan perlahan-lahan berkecai. Berkali-kali aduan dibuat kepada pihak pemaju, turun naik pejabat, tetapi respon yang diterima menghampakan.

Akhirnya terpaksa mengundang kumpulan media untuk membuat laporan. Tetapi jaminan untuk pemulihan dijalankan belum dapat dipastikan. Kecewa bukan?

Jangkaan-jangkaan buruk seperti ini pasti akan menjadi igauan kepada sesiapa yang ingin membeli rumah baharu. Bimbang dengan kemungkinan yang sama akan menimpa diri sendiri dan keluarga.

Maka langkah pertama yang perlu dipersoal bukanlah berapa harga kediaman yang ditawarkan. Sebaliknya, kewibawaan pemaju projek perumahan tersebut.

Akan tetapi kalau kualiti kediaman dijamin terbaik, sudah tentulah harganya pula diluar kemampuan untuk dimiliki bukan?

PR1MA Selesaikan Masalah Kualiti

Justeru, PR1MA hadir dengan menawarkan pakej terbaik kepada para pembeli. Mereka bukan sahaja akan menikmati kediaman pada harga mampu milik, tetapi juga pada kualiti yang dijamin terbaik.

Hal ini demikian kerana projek PR1MA menggunakan kaedah berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dijamin kualitinya dari segi binaan, keselamatan serta boleh disiapkan lebih awal berbanding tarikh akhir projek.

Apa itu IBS dan BIM?

IBS merupakan sebuah proses atau sistem pembinaan yang melibatkan pemasangan komponen binaan di tapak pembinaan.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut mencadangkan konsep sistem pembinaan baharu yang dikenali sebagai Infromasik Pemodelan Bangunan (Building Information Modelling, BIM) dilaksanakan dalam beberapa projek tertentu yang membabitkan sektor swasta menjelang 2020.

Menurut Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid, pelaksanaan itu dilihat boleh menggalakkan perkembangan sistem pembinaan pendigitalan dalam sektor pembinaan ketika ini yang mana sesuai dengan peralihan era Revolusi Industri 4.0.

Kelebihan?

Kelebihan IBS ini bersifat menyeluruh iaitu meliputi pembeli rumah hinggalah kepada pemaju. Hal ini demikian kerana sistem ini mengurangkan kos upah pekerja di tapak pembinaan, pembaziran bahan binaan berkurang, memelihara alam sekitar, kebersihan, kualiti dan keselamatan tapak projek terjamin dan menjimatkan masa.

Maka apabila penjimatan kos boleh dicapai, sudah tentu kediaman yang ditawarkan juga boleh ditetapkan pada kadar harga yang lebih munasabah atau berpatutan kepada orang ramai.

Sementara itu, BIM pula merupakan sebuah teknologi yang akan memastikan ketepatan dan keseragaman semua projek di bawah kendalian PR1MA.

Sama seperti IBS, BIM turut membantu dari segi penyediaan anggaran kos pembinaan dengan lebih tepat dan fleksibel sebelum projek dilaksanakan.

Maka melalui IBS dan BIM, masalah projek rumah lambat siap atau tersasar daripada jadual asal boleh dielakkan pada kadar yang lebih tinggi. Antara projek PR1MA yang menggunakan teknologi IBS adalah Residensi Kota Tinggi, Residensi Melaka Tengah 2, Residensi Tapah dan juga Residensi Sungai Raia.

Jenis-Jenis IBS

Sistem pembinaan yang IBS laksanakan pula bukan semuanya sama. Sebaliknya, IBS terbahagi kepada lima kategori kumpulan yang telah dilaksanakan secara meluas iaitu:

  1. Sistem kerangka, panel dan kekotak konkrit pratuang.
  2. Sistem Acuan.
  3. Sistem Blok.
  4. Sistem Kerangka Keluli.
  5. Sistem Kerangka Kayu.

Namun demikian apa yang membezakan setiap teknik pembinaan ini tidaklah begitu ketara dan mengikut kesesuaian kawasan pembinaan yang mungkin berbeza di antara satu sama lain.

Sudah Terbukti Berkesan

Kalau kita perasan, banyak projek yang dilaksanakan oleh China ketika ini boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat. Contohnya terdapat sebuah hotel dengan ketinggian 30 tingkat telah disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu sahaja. Hal ini berjaya dilakukan kerana republik tersebut menggunakan teknologi IBS.

Malaysia pula sebagai sebuah negara yang peka dengan perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang sudah tentu tidak akan ketinggalan untuk memastikan rakyat menikmatinya.

Oleh itu, PR1MA berusaha merealisasikan kehendak anda dalam memastikan impian memiliki kediaman lebih terjamin selepas ini.



PR1MA Tawar Rumah Baru Dengan Kualiti Meyakinkan 2

Source link