Infotainment

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299 2

Pada minggu lepas kami ada melaporkan bahawa Huawei bakal memperkenalkan sejumlah komputer riba produktiviti dibawah siri MateBook yang dikuasakan pilihan CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake. Hari ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan model-model yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, dan juga tanda harganya.

Pra-tempah untuk komputer-komputer riba ini, yang termasuklah Huawei MateBook X Pro, Huawei MateBook 14, Huawei MateBook D14 dan MateBook D15 adalah model-model yang akan ditawarkan di pasaran tempatan.

Huawei MateBook X Pro (i5) hadir dengan paparan berukuran 13.9-inci dengan resolusi 3000 x 2000 piksel dan berat sekitar 1.33kg. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11, cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM (LPDDR4), storan 512GB PCIe NVMe SSD dan bateri 56Wh. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home, sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi.

Salah satu keunikan baru pada model ini ialah ia juga hadir dengan pad sesentuh Free Touch, dimana jika pengguna menekan pad tersebut, mereka akan menerima tindak balas haptik melalui motor haptik yang terbina pada kebanyakan kawasan pad sesentuh tersebut.

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299 4

Huawei MateBook 14 (i5) pula menggunakan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 2160 x 1440 piksel dan berat sekitar 1.5kg. Ia juga dijana oleh cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11 yang dipadankan dengan cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM dan storan 512GB PCIe NVMe SSD. Spesifikasi lain termasuklah – bateri 56Wh, perisian Windows 10 Home Edition, sokongan Wi-Fi 6 dan banyak lagi.

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299 5

Seterusnya, Huawei MateBook D14 (i5). Komputer riba ini dilengkapi skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pikel dan berat sekitar 1.38kg. Ia turut dipadankan dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-10, cip grafik Intel UHD Graphics 620, memori 16GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 56Wh. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home Edition, sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299 6

Akhir sekali, Huawei MateBook D15 (i5). Untuk spesifikasi, komputer riba ini dilengkapi paparan bersaiz 15.6-inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan berat sekitar 1.53kg. Selain itu, ia juga menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-10 dengan dua pilihan cip grafik iaitu – Intel UHD Graphics 620 atau Intel Iris Xe. Spesifikasi lain termasuklah – dilengkapi memori 16GB RAM, storan 512GB, bateri 42Wh, sokongan Wi-Fi 6, perisian Windows 10 Home Edition dan sebagainya.

Kesemua komputer riba Huawei MateBook ini juga hadir dengan ciri Huawei Share yang membolehkan pengguna untuk bukan sahaja menghantar data dari dan ke peranti pintar Huawei dan komputer riba secara mudah, tetapi juga membolehkan pengguna untuk melagakkan peranti pintar mereka menggunakan komputer riba MateBook.

Tanda harga untuk komputer-komputer riba ini adalah seperti berikut:

  • Huawei MateBook X Pro – RM6899
  • Huawei MateBook 14 – RM4899
  • Huawei MateBook D14 – RM3499
  • Huawei MateBook D15 (Intel Core i5 Comet Lake) – RM3299
  • Huawei MateBook D15 (Intel Core i5 Tiger Lake) – RM3899

Seperti yang dikatakan sebelum ini, pra-tempahan komputer-komputer riba Huawei MateBook ini akan bermula dari 20 April sehingga 23 April melalui kedai atas-talian Huawei Mall dan gedung-gedung elektronik seperti Harvey Norman, Courts dan SenHeng.

Komputer-komputer riba ini akan mula tiba di pasaran tempatan pada 24 April secara rasmi melalui gedung-gedung elektronik yang dinyatakan sebelum ini.

1500 pra-tempahan terawal juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM800, termasuklah beg komputer riba, tetikus nirwayar dan langganan setahun untuk perisian Microsoft Office 365.

Pra-tempah Siri Komputer Riba Huawei MateBook Akan Dibuka Bermula 20 April Dengan Harga Permulaan RM3299 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo