Artikel Terkini

PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro

PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro 1

PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro 2

PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro 3

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion, khusus untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui inisiatif itu, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

“PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), hari ini, dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion.

Ia merupakan tambahan kepada dana RM4.5 bilion khusus untuk PKS dan PKS mikro yang diumumkan beliau pada 27 Mac lepas.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit, dapat memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020,

Beliau berkata, tindakan itu wajar diambil bagi menyamai inisiatif pelaksanaan moratorium yang telah dilaksanakan institusi perbankan di negara ini.

“Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya lagi.



PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro 2

Source link