Infotainment

Projek Bandar ‘Paris Tiruan’ Di China Yang Gagal Dan Hampir Tidak Berpenghuni

Projek Bandar 'Paris Tiruan' Di China Yang Gagal Dan Hampir Tidak Berpenghuni 2

Sering menjadi perbualan hangat, cogan kata ‘Made In China’ sering kali dikaitkan dengan isu barang tiruan. Namun siapa sangka bukan sahaja barang yang ditiru, malah struktur bandar serta bangunan ikonik yang popular di negara lain juga mereka ciplak dan diwujudkan di China.

Menara Eiffel di Perancis merupakan salah satu bangunan popular yang diciplak oleh kerajaan China dan Menara Eiffel tiruan tersebut ditempatkan di bandar Tianducheng yang terletak di wilayah Zhejiang. Bukan sahaja menara Eiffel yang ditiru bahkan gaya persekitaran lanskap juga dikatakan sama seakan-akan berada di ‘kota cinta’ Paris itu.

Tianducheng-Empty-Ball-Court-768×512

Bandar Tianchudeng yang menempatkan replika Menara Eiffel Tiruan. | Sumber: Nomadsaurus

Tianducheng dahulunya merupakan sebuah kawasan pedalaman yang mundur. Namun pihak kerajaan China telah berpendapat bahawa kawasan penempatan tersebut perlu dijadikan sebuah bandar untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik serta mempelawa para pelabur asing untuk melabur di kawasan itu.

Untuk tujuan itu, kerajaan bercadang untuk menjadikan kawasan Tianducheng sebagai satu bandar yang ditiru seakan-akan berada di Paris. Bagi yang belum tahu, sudah menjadi satu resmi budaya di mana kerajaan China sememangnya terkenal dengan sikap kerja peniruan pembinaan bangunan replika yang terkenal di serata dunia.

Kerja pembinaan bandar ‘Paris Tianduncheng’ ini telah dimulakan oleh pada pemaju pada tahun 2007 dan merancang untuk menempatkan seramai 10,000 populasi penduduk di bandar berkenaan. Meskipun, struktur bandar tersebut berjaya diwujudkan dan dihiasi dengan lanskap seperti di Paris, namun populasi penduduk yang tinggal di bandar hanyalah sekitar 10% (1,000 penduduk).

Tianducheng-Construction-Site-768×512

Masih lagi ada projek perumahan pangsapuri yang terbengkalai di bandar Tianducheng sehingga hari ini. | Sumber: Nomadsaurus

Umpama ‘pekan koboi’, kedai-kedai yang turut dibina di bandar itu difahamkan tidak berpenyewa gara-gara harga sewaan hartanah terlalu tinggi dikenakan. Hanya sebilangan kecil sahaja pelabur yang dikatakan tertarik untuk melabur di bandar itu.

Replika yang ada di bandar ini juga tidaklah sebenar Eiffel Tower yang sebenar; cuma replika bersaiz 1:3 daripada Eiffel Tower. Laluan pejalan kaki di bandar ini juga sepi bahkan lanskap air pancut yang ditiru persis Le Fontaine de I’Observatoire di Paris turut hilang serinya kerana airnya kering-kontang.

Tianducheng-Closed-For-Business-768×512

Premis perniagaan yang tidak berpenyewa gara-gara kadar sewa kedai yang terlalu tinggi. | Sumber: Nomadsaurus

Tianducheng-Chinese-Paris-1-768×512

Bangunan apartment yang kebanyakannya tidak berpenghuni. | Sumber: Nomadsaurus

Media turut melaporkan bahawa tujuan kerajaan China mewujudkan bandar replika Paris ini adalah untuk membuka mata para pelancong tempatan bahawa di China juga terdapat tarikan yang sama seperti di Perancis. Ini sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan mereka tidak perlu terbang ke Paris semata-mata ingin melihat menara Eiffel dengan lebih dekat.

Malangnya, pembinaan bandar ini dikatakan gagal dan rata-rata pelancong yang berkunjung ke sini hanya datang untuk mengambil gambar perkahwinan berlatarbelakangkan menara Eiffel tiruan sebagai kenang-kenangan semata-mata.

0917f0378661fcd723dd08ed2c1060ae

Sumber: Pinterest

Difahamkan juga, warga tempatan yang tinggal di situ masih lagi mengamalkan budaya tradisi masyarakat di China walaupun hidup di bandar yang bercirikan kota-kota di Eropah. Setiap malam, beberapa warga tempatan akan memeriahkan bandar Tianchudeng yang suram dengan persembahan tarian dan belajar seni senaman Tai Ci.

Tianducheng-Kids-Playground-768×512

Kelihatan seorang kanak-kanak kesunyian bermain di bandar tersebut. | Sumber: Nomadsaurus

Tidak dinafikan, kehidupan masyarakat di bandar ini juga daif kerana rata-rata mereka hanya bergantung kepada jualan gerai makanan di pinggiran jalan. Mereka juga tiada punca pendapatan yang stabil. Seberapa lamakah bandar ini mampu bertahan hidup? Sama-sama kita tunggu dan berharap tiada lagi projek mega peniruan bandar yang akan dilakukan oleh kerajaan China pada masa yang akan datang.

Baca lagi artikel yang menarik menerusi pautan di bawah.

14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba

Mahu Bantu Orang Ramai Bangunkan Teknologi, Toyota Bina Bandar Pintar Di Gunung Fuji

Bantu Jadikan Bandaraya Mesra Muslim, Anak Malaysia Ini Terima Anugerah Rakyat Kehormat Seoul



Projek Bandar 'Paris Tiruan' Di China Yang Gagal Dan Hampir Tidak Berpenghuni 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo