Artikel Terkini

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 2

Di musim PKP ini ramai yang banyak masa untuk cantikkan rumah. Begitu juga dengan Mohd Haffez Hanip (panggilan Afiy Hanip) dan isteri Ungku Nurshahfarina Ungku Abdul Rafar ini telah menghasilkan sebuah ‘accent wall‘ atau dinding tumpu untuk kediaman mereka. Pasangan yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini dapat menghasilkan accent wall yang cukup mengujakan ramai peminat dekor diluar sana. Jom kita dengan kisah sebalik DIY dinding tumpu ini.

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 3

“Tercetusnya idea untuk projek DIY accent wall ini adalah untuk buat suasana rumah nampak lebih cantik dan minimalis. Selain itu saya sendiri ingin mencuba benda baru and jadikan inspirasi kepada orang ramai di mana konsepnya adalah hiasan ala bangsawan dengan bajet ekonomi. Idea dan permintaan ini juga tercetus drpd isteri sendiri juga, Ungku Nurshahfarinah, kata Afiy.

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 4

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 5

Tambahnya lagi, trend wainscotting juga ada di dalam radar idea saya untuk buat hiasan dinding tetapi saya cuba mencari sesuatu yang lain dari yang lain. Saya juga ada membuat rujukan dan akhirnya dapat inspirasi accent wall ni daripada laman facebook Tukang Apa Hari Ini dan rujukan idea accent wall dari google.

Keseluruhan projek dibuat secara DIY ( Do it yourself ) dimana semua barang dan peralatan dibeli sendiri dari. Seperti peralatan kayu saya ada beli sendiri di kilang kayu sebab boleh pilih kayu yang lebih cantik dan berpuas hati dengan jenis kayu yang dipilih. Kos barangan yang dibeli dalam RM 210 sahaja. Kalau Pereka hiasan dalaman pasti kos berlipat kali ganda dan tersasar dari konsep hiasan mampu milik.

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 6

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 7

Peralatan asas yang perlu ada :-

1. Kayu yang siap diketam dan dipotong. Saiz panjang 8 kaki tebal 10mm (depends pada keperluan masing2)

2. Gam kayu

3. Muskin tape

4. Pita pengukur

5. Pensel penanda

6. Tangga

7. Cat Kansai Paint Deer Skin

8. Gergaji mata halus

Afiy hanya ambil masa dalam seminggu untuk proses mengukur, memotong dan melekatkan kayu pada dinding untuk struktur accent wall. Kemudian proses mengecat dalam 3-4 jam

Saya harap hasil Accent Wall DIY ini dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk berkarya menghias kediaman masing. Aktiviti ini juga boleh jadi aktiviti sihat keluarga di musim PKP dimana masa terluang di rumah lebih banyak.

https://www.facebook.com/afiyhanip

Projek DIY Accent Wall Dengan Bajet RM 210 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link