Artikel Terkini

Projek tebatan banjir perlu disegerakan, tertangguh lima tahun

Projek tebatan banjir perlu disegerakan, tertangguh lima tahun
Projek tebatan banjir perlu disegerakan, tertangguh lima tahun 1

SHAH ALAM – Projek tebatan banjir di negeri ini perlu diteruskan dan disegerakan memandangkan ia telah tertangguh sejak lima tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim.

Menurutnya, projek tebatan banjir tersebut telah dicadangkan kerajaan negeri pada 2018 iaitu sebelum banjir besar berlaku di beberapa kawasan di negeri ini tahun lalu.

“Namun setelah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dua tahun lalu, projek tebatan banjir tersebut turut ‘jatuh’ (tidak diteruskan) dan tidak lagi jadi keutamaan.

“Bukan kita hendak bermain politik tetapi itu hakikatnya.Projek ini penting dan kritikal serta telah tertangguh sejak lima tahun,” katanya demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) di Taman Sri Muda hari ini.

Sehubungan itu, Izham berkata, pihaknya berharap penangguhan projek tebatan banjir berikutan kerajaan mahu meneliti semula projek bernilai RM7 bilion itu tidak mengambil tempoh yang lama.

Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dan sentiasa terbuka semua projek tebatan banjir diteliti semula memandangkan kebanyakan projek terbabit diadakan di negeri ini.

“Saya tidak kisah projek ini diteliti daripada aspek perolehan, namun saya telah memberi peringatan kepada menteri untuk ia diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Projek tebatan banjir perlu disegerakan, tertangguh lima tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo