Artikel Terkini

Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu

Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu 1

Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu 2

Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu 3

KUALA LUMPUR: Industri buku turut terjejas tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Mutalib Uthman, optimis kehidupan sebagai seorang penulis atau mana-mana individu yang terlibat dalam industri ini perlu diteruskan.

Walaupun ketika tempoh PKP ini, penjualan buku turun mendadak, tetapi penulis serta pihak yang terlibat perlu mengambil pendekatan lain bagi memastikan terdapat penjualan buku.

Selain menjual buku mereka secara dalam talian, antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan mempromosikan karya mereka menerusi secara dalam talian.

“Penulis boleh mempromosikan dengan menceritakan apakah initipati karya mereka kepada pembaca secara langsung menerusi video seperti podcast, YouTube dan sebagainya.

“Dengan cara ini orang ramai boleh meluangkan masa dengan membaca selain menonton filem secara penstriman,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Pada masa sama, Mutalib menjelaskan penulis kini berdepan cabaran untuk memastikan karya mereka lebih menarik memandangkan penjualan buku atas talian juga kurang memuaskan.

“Kalau kita lihat sepanjang PKP ini, orang ramai banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, jadi penulis dan penerbit perlu mencari sesuatu yang boleh menjadikan hasil mereka yang terbaik,” ujarnya.

Justeru, Mutalib menyarankan agar penulis dan penerbit serta pihak percetakan terus menjual karya mereka selaian orang ramai perlu tetap menyokong industri buku di negara ini.



Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu 2

Source link