Berita

Proton catat jualan lebih tinggi pada 2020 

Proton catat jualan lebih tinggi pada 2020  2

Kuala Lumpur: Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan jualan keseluruhan kenderaan sebanyak 109,716 unit pada tahun lalu.

Ia 8.8 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah jualan 100,821 unit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong berkata, meskipun operasi ditutup lebih dua bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun syarikat berjaya meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 4.4 peratus kepada 21.1 peratus.

“Pemacu utama jualan adalah model Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES) dan untuk model kenderaan utilti sukan (SUV) X50 melebihi jangkaan, walaupun pelancarannya ditangguhkan.

“Semua model PIES ditambah baik pada 2019 dan pelaburan itu membuahkan hasil jualan lebih tinggi yang digabungkan penambahan eksport sebanyak 49.8 peratus bagi mengatasi trend industri automotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13 peratus,” katanya.

Proton menjual 46,527 model Saga, 23,917 (Persona), 5,849 (Exora), 7,636 (Iriz), 21,944 (X70) dan 3,787 (X50).

Menurut Li, prestasi baik itu hasil kawalan kos rapi serta peningkatan kecekapan daripada pengurusan untuk menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Katanya, meskipun semua industri terjejas. tiada pemberhentian kerja atau pengurangan gaji di Proton.

Bagaimanapun, faktor rantaian komponen secara global juga terkesan untuk bahagian pemasangan kereta dan stok alat ganti yang menyebabkan kelewatan masa menunggu untuk jualan serta servis.

Namun, langkah jangka pendek sudah diambil dan beberapa kelewatan mungkin masih dialami.

Dalam pada itu, Li berkata, di sebalik sekatan terhadap pergerakan barangan di peringkat global, tahun lalu juga menjadi tahun yang kukuh bagi bahagian eksport Proton dengan Disember menjadi bulan paling ketara menerusi beberapa aktiviti termasuk pelancaran Proton Saga pemasangan tempatan (CKD) yang pertama di Kenya.

“Ini diikuti pelancaran model itu berserta Proton X70 di Pakistan yang mana akan dijual secara import sepenuhnya (CBU) sebelum dipasang siap di kilang baharu di Karachi tahun ini,” katanya.

Proton Saga juga akan memasuki pasaran Mesir dan Bangladesh.

“Proton X50 pula memasuki pasaran eksport pertama pada 19 Disember lalu apabila dilancarkan di Brunei Darussalam, sekali gus menjadikan model keempat Proton dilancarkan di sana pada tahun lalu selepas Proton Persona, Iriz and Saga pada Januari,” katanya.

Proton catat jualan lebih tinggi pada 2020  2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo