Berita

PTPTN kutip RM1.99 bilion tahun lalu

PTPTN kutip RM1.99 bilion tahun lalu 2

Kuala Lumpur: Walaupun berdepan persekitaran ekonomi yang sukar akibat pandemik Covid-19, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat rekod baharu deposit dengan mencapai jumlah simpanan tertinggi tahun lalu sebanyak RM1.99 bilion.

Hasilnya, PTPTN terus konsisten memberikan dividen yang amat kompetitif berbanding institusi kewangan lain dengan kadar empat peratus.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebagai peghargaan, PTPTN melancarkan Ganjaran Kesetiaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada kadar satu peratus.

“Ganjaran Kesetiaan ini adalah hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang dan ini adalah tahun ketiga Ganjaran Kesetiaan diberikan kepada pendeposit setia SSPN-i.

“Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati pendeposit SSPN-i yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500 dalam tempoh promosi bermula 24 Februari hingga 30 April 2021 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum 2018,” katanya ketika melancarkan Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2021 secara maya di Facebook rasmi PTPTN, semalam.

Katanya, Ganjaran Kesetiaan SSPN-i yang diberikan sangat berbaloi sebagai pulangan tambahan selain dividen tahunan.

“Tahun lalu mencatat sejarah yang sangat membanggakan kepada PTPTN walaupun berdepan persekitaran ekonomi yang sukar akibat pandemik Covid-19.

“PTPTN berjaya memecah rekod baharu deposit dengan mencapai jumlah simpanan tertinggi pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM1.99 bilion.

“Alhamdulillah, dividen SSPN sebanyak empat peratus bagi 2020 diumumkan semalam yang mana sudah tentu ini adalah berita gembira buat semua pendeposit SSPN,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menetapkan sasaran sebanyak RM1.8 bilion kutipan deposit SSPN.

“Penetapan sasaran ini berdasarkan pencapaian positif SSPN sepanjang tiga tahun berturut-turut sejak 2018 dan dipacu dengan pelbagai langkah proaktif dari aspek pengoperasian, pelaburan, pemasaran dan komunikasi strategik yang dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang 2021 ini.

“SSPN bukan sekadar simpanan biasa malah menawarkan pelbagai keistimewaan kepada seisi keluarga termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000 pemberian dividen yang kompetitif.

“Paling menarik, SSPN turut menawarkan perlindungan takaful dan khairat kematian yang sekali gus membantu anak-anak meneruskan pengajian mereka sekiranya ibu bapa ditimpa musibah yang tidak diingini,” katanya.

Wan Saiful berkata, pembukaan dan penambahan simpanan boleh dibuat dengan mudah secara atas talian di www.lovesspn.com dan diharap ibu bapa menjadikan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan pendidikan yang terjamin.

PTPTN kutip RM1.99 bilion tahun lalu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo