Infotainment

PU Riz Jadi Cikgu Sementara Sekolah Menengah

PU Riz Jadi Cikgu Sementara Sekolah Menengah 1

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsikan gambarnya lengkap berkemeja berada di sekolah. Difahamkan, PU Riz menjadi cikgu sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling.

Meluahkan rasa syukur dapat menjalankan tanggungjawab murni sebagai guru, suami kepada Neelofa berkata sudah menjadi tanggungjawabya sebagai guru meningkatkan prestasi pelajar.

BACA: Empayar Ratus Juta, Netizen Kagum PU Riz & Neelofa Pakai Kasut Skechers Sahaja

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.

“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu turut menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada sekolah berkenaan bagi membantu proses pembelajaran pelajar.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.


PU Riz Jadi Cikgu Sementara Sekolah Menengah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo